Tiada kisah yang lebih menarik dari menyaksikan penyatuan dua wanita saling menghormati dan menoktahkan “dendam” lama. Itulah yang boleh digambarkan apabila hari ini, warga Internet menggila selepas melihat Selena Gomez dan Hailey Bieber bergambar bersama dengan penuh kemesraan pada acara Academy Museum Gala di Los Angelas.
Namun kenapa gambar ini buat ramai yang berkata-kata? Untuk makluman, bintang siri The Only Murders in the Building sebelum ini pernah menjalinkan hubungan berprofil tinggi bersama bintang pop terkemuka Justin Bieber, yang kini sudahpun berkahwin dengan Hailey Baldwin. Sebelum Justin Bieber dan isteri, yang juga model mengikat tali pertunangan pada tahun 2018, perhubungan Justin dan Selena sering kali on-off dari 2011 dan 2014.
Pertemuan dua mata antara Selena dan Hailey nyata mengujakan peminat masing-masing apabila awal tahun ini, muncul khabar angin mengatakan Selena tidak berpuas hati dan menganggap Hailey ‘merampas’ Justin dari Selena. Seperti biasa, dakwaan dia ‘mencuri’ Justin dinafi sekeras-kerasnya, dan turut menganggap berita dia dan Selena berselisih faham tidak benar sama sekali. Ini diceritakan sendiri oleh Hailey dalam sebuah rancangan audio siar, Call Her Daddy. Hailey turut menjelaskan dia dan Bieber memulakan hubungan selepas Justin menamatkan hubungan dengan Selena.
“Banyak kecaman dan tanggapan yang salah saya terima. ‘Oh, awak merampas dia.’ Semuanya datang dari fakta yang tidak benar dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Saya sangat menghormati Selena. Tidak ada drama antara kami”, jelas Hailey.
Untuk rekap, Bieber bertunang dengan Hailey, yang juga anak perempuan pelakon, Stephen Baldwin selepas pihak media melaporkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat. Mereka berkahwin secara sah pada 30 September 2018.
This website uses cookies.