Tiada lagi rahsia! Adik kepada pelakon terkenal, Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin sah bergelar isteri kepada pemain pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung sebentar tadi (8.46 malam)
View this post on Instagram
Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa Syifa sendiri iaitu Amirol Melvin Abdullah.
Difahamkan majlis pernikahan yang bertemakan serba putih itu dilangsungkan di Hotel Hilton, Petaling Jaya secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pasangan, saudara mara, rakan serta tetamu yang lain.
Syifa Melvin atau nama penuhnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvina yang berusia 28 tahun selamat menjadi isteri kepada Safawi Rasid, 25 tahun dengan hanya sekali lafaz. Menurut sumber, kedua-dua pengantin yang sama cantik sama padan ini diijabkabulkan sebentar tadi dengan mas kahwin sebentuk cincin, menerusi sesi LIVE yang disiarkan di saluran Youtube The Melvins.
Memilih persalinan berona emas, Syifa Melvin kelihatan anggun sekali namun masih belum ada kepastian siapakah pereka busana yang dipakainya. Menerusi perkongsian media, antara rakan selebriti yang hadir adalah Uyaina Arshad, Raja Syahiran, Riena Diana, Lia Natalia, Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga timbul satu dakwaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya Malah perhubungan mereka sebelum ini juga berjaya dihidu terutama sekali dari pihak media walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.
Walauapapun, NONA mendoakan semoga mahligai dibina kedua-dua pengantin ini bahagia hingga ke jannah. Selamat pengantin baru!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***