Baru-baru ini tular tentang gossip perkahwinan adik kepada penyanyi Aida Jebat, Fyna Jebat yang dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Zainal Abidin.
Dan baru-baru ini Fyna Jebat atau nama penuhnya Nur Syafinaz Jebat dan suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya dilihat keluar bersama sekali gus mengesahkan desas-desus mengenai status mereka berdua menamatkan spekulasi tentang perhubungan mereka.
Walaupun Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat telah membuat pengakuan sudah mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain serta jurulatih bola sepak itu, namun tiada sebarang perkongsian rasmi yang dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Namun perkongsian yang dibuat oleh pelakon terkenal Datuk Mustapha Kamal di TikTok baru-baru ini sekaan memberikan jawapan kepada persoalan yang timbul dalam kalangan ramai.
Menerusi kepsyen yang ditulis Mustapha Kamal, beliau teruja secara kebetulan terjumpa dengan pengantin baru tersebut di samping mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-duanya. “
What a coincidence, just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations”.Dalam pada itu, netizen juga turut menarik nafas lega selepas melihat perkongsian yang dibuat oleh pelakon tersebut dan menyatakan mereka berasa puas hati melihat gambar pasangan berkenaan.
Malah ramai yang mendoakan agar perkahwinan dan rumahtangga yang dibina Fyna dan Datuk Zainal Abidin kekal harmoni sehingga ke Jannah.
This website uses cookies.