Dialah bapa, ibu, sahabat karib dan hero terbaik buat gadis cantik bernama Nur Alya Iman Azmil Mustapha. Namun, sejak bapa tersayang menghadap ilahi pada 14 Februari lalu.. dunia anak gadis berusia 17 tahun ini berubah 360 darjah. Tiada lagi gelak tawa insan bergelar bapa dan tiada lagi suara yang mengejutkan dia dari tidur.
Ketika menghubungi Alya, anak bongsu daripada lima beradik ini mengakui rindu yang bersarang di hatinya masih menebal meskipun arwah telah kembali ke rahmatullah lebih tiga minggu lepas. Ditanya kenangan paling dirindui tentang arwah bapanya, model muslimah ini membuka tirai hati. “Kalau ikutkan, semua saya rindu. Tapi yang paling Alya rindu adalah his laughter. Rindu buat dia gelak, buat dia happy, bawa babah pergi makan dan jalan-jalan. Basically spend time dengan dia. Tiap kali pergi makan ke jalan-jalan atau pergi karaoke, dia akan happy dan selalu gelak ketawa.”
Arwah sering menemani Alya walau ke mana saja
Sayu hati mendengar luahan gadis ini. Iyalah, sekelip mata saja insan yang selama ni jadi tempat bergantung dan mengadu pergi buat selamanya. Menceritakan kembali saat terakhir bersama arwah bapa, Alya tenang mengungkap kata. “Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hari macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok, jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya.”
Allahyarham Azmil Mustapha berusia 65 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 1 petang. “Dua tiga hari sebelum babah meninggal, dia hanya senyap saja. Tak ada buat lawak pun sebab selalunya dia yang menghiburkan kami semua dengan jenakanya tiap masa.”
Kenangan bersama arwah ketika kecil di Syria
Alya juga menzahirkan rasa syukur dan rindu kepada arwah bapa melalui coretan ringkas yang dikongsikan di Instagramnya dua hari lalu.
Ads
For 17 years of my life, my dad took care of me all alone as a single parent. He was my best friend, my hero, my mom, my dad, my everything. You were the one who stayed up at night when I cry and couldn’t sleep. The one who fed me milk every minute that I cry, the one who will put me to bed and kiss me good night, the one who will be worrying when I’m sick, the one who will listen to all the dramas in school, the one who always follows me to eat sushi, watch movies or ice skating, horse riding and karaoke. You will always remind me not to forget to have my meal and lie to me that I’m not fat. You never missed to wake me up for subuh every day.
I will forever miss coming back home finding you staying up late just to wait for me and say ‘I Love You Sayang’ every single night. You are the one who stood beside me through all my darkest moment and also the one who is always proud to all my achievements.
Ads
I’m happy that I got the chance to take care of you when you were not well and be there for you when you needed me. But it’s never enough and it will never be. I’m sorry that I worked too much that I didn’t spend much time with you. I wanted to give you a better life. But now, I can’t…
Moga Allahyarham Azmil Mustapha ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan seluruh ahli keluarga Allahyarham serta Alya menerima ketentuan takdir ini dengan tabah dan sabar.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata lemak tidak penting untuk tubuh. Tahukah anda, lemak membekalkan tenaga dan asid lemak penting untuk membantu tubuh dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Selain di dapati di dalam santan, ia juga wujud dalam susu, hasil tenusu dan daging. Meskipun kandungan lemak juga mendatangkan kebaikan kepada tubuh namun pengambilan secara berlebihan berupaya menaikkan berat badan atau obesiti, di samping meningkatkan kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
Kolesterol sememangnya bahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda harus bijak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Jom lihat antara cara mengurangkan pengambilan lemak.
TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
Kurangkan makanan bergorengCari alternatif makanan selain bergoreng
Buangkan semua kulit serta lemak pada bahagian daging sebelum dimasak.
Masak dengan menggunakan kuali kalis lekat (non-stick pan).
Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan ia benar-benar panas sebelum menggoreng untuk mengurangkan penyerapan minyak.
Kurangkan menggoreng makanan yang bersalut tepung.
Pelbagaikan cara masakan yang sihat seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu tanpa lemak dan rempah asli.
Elakkan makanan ringan yang kaya lemak trans dengan buah-buahan dan sayuran segar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntungnya suami kepada Shila Amzah, Haris Idraki Elias! Walaupun berada jauh beribu batu di kota London tapi masih dapat nikmati juadah masakan Melayu hampir setiap hari. Lagi-lagi dimasak sendiri oleh isteri tercinta. Mesti lebih sedap dan rasa bahagia. Mahu berkali-kali tambah nasi!
Sebenarnya memasak bukanlah satu perkara yang susah bagi penyanyi bersuara lunak ini. Kata Shila, dia sudah mula masuk ke dapur dan belajar memasak ketika berumur 10 tahun lagi. Jadi lepas berkahwin dan ada tanggungjawab ‘jaga perut’ suami, Shila cuba untuk melaksanakan tugas itu sebaik mungkin dengan bantuan ibu tersayang.
Meskipun hanya mampu belajar dan kongsi resipi melalui Whatsapp dengan ibunya, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup belajar bermacam-macam jenis masakan lain. Memang terserlah usaha gigih Shila untuk membahagiakan Haris.
Memandangkan sedang berada di bulan Ramadan, kebanyakan menu iftar disediakan Shila di rumah. Antara menu yang dimasak Shila seperti Nasi Tomato, Ayam Tandoori, Sate, Nasi Ayam, Begedil, dan Kurma Daging.
Disebabkan terbiasa dengan lauk Melayu, Shila sanggup berbelanja hampir RM320 semata-mata untuk membeli produk makanan Malaysia dan ramuan tradisi yang agak susah didapati di London.
“60 pound untuk semua ni. Yang penting dapat cari daun kari dan tempe. Yang lain-lain tu additional je. Rasa macam heaven pergi kedai Wingyip area Wembley tu. Walaupun jauh namun ku sanggup.
Diam tak diam Sha habiskan masa 2 jam beli benda ni je, simply sebab mesmerised tengok banyak barang Asian,” kongsi Shila di laman Instagramnya baru-baru ini.
Shila dah Haris selamat bergelar suami isteri pada tanggal 19 April lepas dan memutuskan untuk tinggal bersama suami di London.
Sumber : Instagram Shahila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersalin dengan beberapa kesan jahitan akibat koyakkan di bahagian vagina adalah perkara biasa bagi kebanyakan ibu hamil. Tapi bila ada kalangan ibu-ibu hebat ini yang selamat melahirkan tanpa sebarang koyakan, ia sememangnya luar biasa. Sama ada individu tersebut memang sudah mahir dengan proses bersalin atau sudah ditakdirkan rezeki mereka menerima kelebihan itu, kedua-duanya pun menjadi dambaan bagi setiap ibu hamil terutamanya menjelang detik kelahiran.
‘Jangan panik’, itu adalah kunci utama yang harus anda tanam dalam diri sebelum tibanya waktu bersalin. Bagi yang sedang hamil, masih sempat lagi untuk anda mempelajari teknik yang dikongsikan doktor Obstetrik dan Ginekologi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak ini. Sekurang-kurangnya dengan pendedahan Dr Muhammad Izzat, dapatlah melegakan kebimbangan meniti kelahiran nanti.
=========================
Antara rutin senaman kegel yang baik untuk ibu mengandung
Jangan ler panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yang berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK
Amalkan senaman Kegel : Kemutkan otot pelvis / vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi. Lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung
Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk
Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran sembelit
Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak
Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Pegang pergelangan kaki dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung-hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pula gayanya misi (jururawat) nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari
Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor tak boleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung macam tertelan microphone.
Sumber:
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
==========================
Mujur ada perkongsian Dr Muhammad Izzat. Semoga ilmu ini dapat dimanfaat dan dipraktikkan oleh semua ibu-ibu hamil di luar sana sekali gus menjauhkan mereka daripada perasaan trauma semasa bersalin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!