Gaya Hidup

“Tiada Paksaan, Dia Hijrah Kerana Allah” Yusry Abdul Halim Dedah Perubahan Diri Lisa Surihani

Rasanya umum mengetahui penghijrahan pelakon dan usahawan berjaya, Lisa Surihani yang kini tampil menutup aurat sepenuhnya selain dilihat banyak menghabiskan masa rutin hariannya mendalami agama dan mendekatkan diri dengan tuhan.

Pelakon berusia 36 tahun itu turut dilihat rajin menyertai majlis ilmu bersama rakan selebriti untuk kekal istiqamah di jalanNya. Sentiasa tampil sopan dan merendah diri, yang pasti ramai kagum dengan pelakon yang pernah membintangi filem Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu ini.

Namun, baru-baru ini timbul persoalan adakah perubahan Lisa kini diminta secara peribadi oleh suaminya, iaitu pengarah tersohor dan anggota kumpulan KRU, Dato’ Yusry Abdul Halim. Menerusi temubual beliau dengan Mstar, dedah Yusry Lisa berubah atas kerelaan hatinya.

Jelas Yusry, tiada manfaat atau kebaikan jika penghijrahan dilakukan atas suruhan suami dimana seorang isteri perlu melakukan perubahan hanya kerana Allah, bukan kerana orang lain.

“Dia hijrah kerana Allah, dan tiada paksaan dari saya. Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata…eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya.

Pengarah dan pelakon terkenal, Yusry KRU atau nama sebenarnya Datuk Yusry Abdul Halim memaklumkan penghijrahan yang dilakukan oleh isterinya, Datin Lisa Surihani disebabkan Allah dan bukan paksaan daripada dirinya sebagai suami.

Kata Yusry, tiada apa-apa manfaat atau kebaikan jika penghijrahan yang dilakukan atas suruhan suami dimana seorang isteri perlu berniat untuk melakukan perubahan hanya kerana Allah taala.

******************************

Jadikan Al Quran Kareem sebagai panduan hidup, demi ketenangan di alam sana. Dapatkan My Qalam Elite Digital Al-Quran Bertajwid Wakaf Iftida 2.0. Yang penting guna kod promo NONGSP5 untuk beli harga diskaun, murah daripada beli di kedai (klik).

******************************

“Itu adalah kemahuan dia dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT. Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa? Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata…eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya.

Yusry menambah perubahan Lisa yang sudah menutup aurat dengan sempurna dilakukannya sejak mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah yang lalu.

Rata-rata netizen memuji perubahan Lisa yang dan berdoa agar Lisa terus istiqamah dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga Lisa dan Yusry bahagia hingga ke Jannah.

Kredit foto: Instagram (@lisasurihani)

Share
Published by
Wan Firdaus