Tiada Penyingkiran Di Episod Ke-2 Pencarian Nona Superwoman. 12 Finalis Teruskan Cabaran

Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman yang julung kalinya bersiaran di ASTRO PRIMA kini melangkah ke Episod 2. Terdahulu, episod pertama yang disiarkan pada 22 September lalu menampilkan 12 finalis yang terpilih untuk meneruskan cabaran mereka dalam program ini.

Episod kali ini peserta diberikan cabaran dan mereka perlu menyelesaikan cabaran tersebut. Turut ditampilkan dua juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan serta pengacara terkenal, Awal Ashaari.

Dalam cabaran minggu ke-2 ini para peserta diberikan 2 tugasan. Untuk tugasan pertama, juri tetap mengajukan soalan kepada 12 finalis dan mereka perlu menjawab secara spontan dalam masa 30 saat sahaja.

Untuk tugasan kedua pula, finalis diminta untuk menjual berdasarkan produk yang telah diberikan kepada mereka. Pengacara jelita, Uyaina Arshad sentiasa menghidupkan suasana dengan kepetahannya berbicara. Biarpun sesi rakaman terpaksa dilakukan kerana mematuhi SOP yang ditetapkan namun debaran tetap dirasai terutama di kalangan peserta.

TUGASAN
Dalam Cabaran Satu Sesi Q&A, soalan diajukan oleh Datin Adzliana kepada 3 finalis pertama iaitu Sarah Ismail, Ayu Omar dan Ana tentang sejauh mana kepentingan lokasi dalam membangunkan sesebuah perniagaan. Ketiga-tiga finalis telah memberikan jawapan yang tersendiri dan mantap.

Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.

3 finalis seterusnya iaitu Syamimi Khalil, Ayda dan Syu Ramli perlu menjawab soalan daripada Awal Ashaari tentang bagaimana cara untuk mengekalkan pelanggan tetap. Ternyata jawapan yang diberikan oleh ketiga-tiga finalis amat meyakinkan.

Awal Ashaari.

Manakala Fazlia Akma, Jiejie dan Linda pula perlu menjawab soalan yang diajukan oleh Datin Adzliana tentang kaedah promosi yang paling berkesan dalam perniagaan.

3 finalis seterusnya ialah Fazs Faozi, Emma Bee dan Rina Hashim yang diajukan soalan tentang bagaimana cara untuk mengekalkan perniagaan ketika pandemik. Soalan diajukan oleh Awal Ashaari.

Untuk cabaran kedua, finalis dikehendaki menonjolkan kebolehan dan kemampuan mereka dalam mempromosikan produk jualan berdasarkan item yang telah diberikan. Cabaran ini dinamakan Sesi Penjualan Langsung mengikut kreativiti masing-masing.

TIADA PENYINGKIRAN
Sebelum keputusan Top 3 dan bottom two diumumkan, juri tetap telah memberikan komen serta kesimpulan berdasarkan jawapan 12 finalis tadi. Menurut juri, terdapat finalis yang menjual barangan mereka dengan cara yang sangat baik namun ada juga prestasinya yang kurang memberangsangkan.

Top 3 yang diumumkan oleh Datin Adzliana ialah Fasz Faozi, Syu Ramli dan Fazlia Akma.

Manakala finalis yang berada di tangga terendah ialah Jiejie dan yang tersingkir ialah Syamimi.

Pun begitu, setelah juri tetap berbincang mereka sepakat untuk menyerap kembali Syamimi bagi meneruskan cabaran akan datang. Pesanan berharga Datin Adzliana buat 12 finalis agar mereka melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.

Program ini menyasarkan usahawan B40 dan M40 yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Matlamat program ini adalah bagi menyuntik inspirasi serta memberi peluang baharu kepada para peserta agar terus bangkit memajukan empayar perniagaan. Setiap peserta memiliki latar belakang dan industri bisnes yang berbeza.

Siapakah yang bakal bergelar juara? Jangan lupa mengundi peserta favourite anda!

Program yang bersiaran setiap Rabu jam 9.00 malam itu dibawakan secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan sepenuhnya oleh USANITA.

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad