Minggu lepas, bersamaan 30 Julai 2022 menandakan genap setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin mengikut kalendar Islam di mana arwah meninggal sehari sebelum Awal Muharam akibat Covid-19. Paling terkesan akan kehilangannya, sudah pastilah suami kepada arwah, iaitu Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhammad yang mengakui walau setahun sudah berlalu, kehilangan arwah masih lagi terasa sehingga kini.

Ads

‘Tiada Satu Hari Pun Berlalu Tanpa Saya Memikirkannya…’ Setahun Siti Sarah Pergi, Rindu Shuib Padanya Masih Sama

Shuib mengakui tiada satu hari yang berlalu tanpa dia memikirkan arwah. Malah Shuib menganggap rindu yang ditanggungnya sangat unik.

‘Tiada Satu Hari Pun Berlalu Tanpa Saya Memikirkannya…’ Setahun Siti Sarah Pergi, Rindu Shuib Padanya Masih Sama

“Saya reda, cuma rindu yang sangat unik. Kadang-kadang, saya tak tahu nak cakap macam mana. Perubahan perasaan setiap hari tidak sama. Saya berikan satu contoh. Pernah tak teringat sesuatu perkara tanpa gagal, setiap hari? Saya melaluinya setiap hari dalam masa setahun ini. Tiada satu hari pun saya tidak ingat atau memikirkan arwah,“katanya.

Walaupun masih menanggung kerinduan yang tidak berpenghujung, namun Shuib kini bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah S.W.T padanya dan keluarga.

‘Tiada Satu Hari Pun Berlalu Tanpa Saya Memikirkannya…’ Setahun Siti Sarah Pergi, Rindu Shuib Padanya Masih Sama

Memetik laporan Berita Harian, meskipun sudah setahun pemergian Sarah, namun Shuib masih merasakan baru semalam arwah meninggalkannya dan anak-anak.

Ads

Bahkan, anak-anak juga masih bertanya mengenai arwah, namun semuanya dalam keadaan terkawal.

“Mereka masih bertanya dan kalau rindu, mereka beritahu. Contohnya, Talita. Saya kenal anak-anak dan tahu bila masa mereka merindui ibu mereka.

Ads

‘Tiada Satu Hari Pun Berlalu Tanpa Saya Memikirkannya…’ Setahun Siti Sarah Pergi, Rindu Shuib Padanya Masih Sama

“Bila saya tanya, mereka akan jawab sangat merinduinya. Boleh tengok riak wajah mereka menangis. Namun, anak-anak tetap menerima pemergian arwah dengan baik, cuma, mereka memerlukan lebih perhatian daripada saya. Sayalah bertanggungjawab memenuhi apa yang mereka ingini, insyaAllah mereka okay,” katanya.

Siti Sarah Raisuddin, meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Ogos 2021 jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) UKM selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19. Siti Sarah meninggalkan suami dan 4 orang anak termasuk anak bongsunya yang baru dilahirkan beberapa hari sebelum kematiannya.

‘Tiada Satu Hari Pun Berlalu Tanpa Saya Memikirkannya…’ Setahun Siti Sarah Pergi, Rindu Shuib Padanya Masih Sama

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI