Ramadan sudah pun melabuhkan tirai dan Syawal akhirnya menjelang tiba 10 April lalu. Setiap kali musim perayaan pastinya gambar Hari Raya golongan VIP dan selebriti tanah air menjadi perhatian. Salah satunya ialah perkongsian momen hari raya isteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ini yang meraih lebih sejuta tontonan.
Ahli Parlimen Kinabatangan ini memuat naik video seisi keluarga menyambut lebaran di media sosial miliknya nyata mencetuskan pelbagai reaksi.
Rata-rata mereka memuji keakraban isteri pertama dan kedua Datuk Seri Bung Moktar iaitu Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette.
Walau bermadu namun tiada sengketa di antara mereka. Bahkan ia juga bukan kali pertama mereka meraikan Hari Raya bersama-sama.
Terdahulu, Datuk Seri Bung turut pernah memuat naik foto dirinya di samping kedua-dua isteri menyambut Syawal dan Aidiladha tahun sebelum ini.
Memang baik orangnya kedua-dua isteri Datuk Seri Bung Moktar. Jelas terserlah wajah bahagia mereka meraikan Aidilfitri tahun ini.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan Datin Seri Nor Asidah mengenakan persalinan baju kurung rona kuning sedondon dengan suami tercinta.
Sementara aktres jelita, Datin Seri Zizie pula anggun dalam persalinan moden hitam dan putih. Sedondon dengan anak-anak tersayang.
View this post on Instagram
Lebih bermakna, kesemua anak dan menantu turut sama bergambar di pagi Syawal. Memang meriah keluarga Datuk Seri Bung Moktar!
Ujar ahli politik ini, “Ya Allah rahmatilah keluarga kami ini, berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfıtri maaf zahir batin.”
Datin Seri Zizie berkahwin dengan Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Aadam Zac dan Aaleph Zeke serta seorang anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.