Tiada Solat Jumaat Di Masjid Hari Ini Antara Usaha Cegah Rantaian Wabak COVID-19

Nampaknya semua masjid di seluruh negara akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghentikan solat Jumaat hari ini bagi membantu memutuskan rantaian wabak COVID-19. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurutnya, arahan tersebut selari dengan langkah yang diambil oleh beberapa negara Islam lain antaranya termasuklah Arab Saudi dan Kuwait. Terdahulu, Perli mencatatkan sejarah sebagai negeri pertama dan terawal membatalkan Solat Jumaat di seluruh masjidnya pada minggu lalu.

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri turut merayu umat Islam mematuhi arahan yang dikeluarkan dan menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di kediaman masing-masing secara berjemaah bersama keluarga.

“Hampir keseluruhan bersetuju dalam kes seperti ini dan semua pihak hendaklah mematuhi perintah yang ditetapkan oleh pemerintah. Sekali lagi saya berpesan, solatlah Zohor di rumah, InsyaAllah ada hikmahnya,” ujarnya yang turut mengingatkan umat Islam agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan menghindari kawasan awam jika tidak mempunyai keperluan mendesak.

Semoga rakyat Malaysia dilindungi dari terkena wabak COVID-19. Sesungguhnya  Allah S.W.T menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit. Semoga Allah S.W.T melindungi rakyat Malaysia dari penyakit yang berbahaya dengan izinNya dan kemustajaban doa yang diajar oleh Rasulullah SAW.Amin.

 

Sumber: BERNAMA

 

Share
Published by
Rosmah Idayu