Sempena Ramadan, tiga selebriti cantik ini iaitu Izara Aishah, Liyana Jasmay dan Azira Shafiza berkongsi juadah kegemaran mereka tiap kali tibanya bulan puasa. Jom, cuba resipi menyelerakan pilihan mereka bertiga.
IZARA AISHAH
Bagaimana perasaan dan persediaan anda, bakal menyambut Ramadan kali pertama?
Semestinya saya berasa sangat teruja dan gembira kerana tahun ini bakal menyambut Ramadan bersama suami, pertama kali menjadi isteri. Saya tidak sabar menanti detik itu. Kami merancang untuk berbuka puasa di luar kerana kelengkapan rumah belum lengkap sepenuhnya. Saya juga masih belajar banyak perkara termasuklah dalam soal memasak.
Tiga menu wajib kegemaran suami?
Menu wajib menjelang Ramadan, martabak cheese. Biasanya suami gemar menikmati hidangan air tangan ibunya dan juga saya. Antara lain menjadi kegemaran Nasi Tomato dan Nasi Daging.
LOMPAT TIKAM
Bahan-bahan A (bahagian bawah):
3 cawan air perahan daun pandan
½ sudu garam
1 cawan tepung beras
1 sudu makan air kapur
Pewarna hijau
Bahan-bahan B (bahagian atas):
4 cawan santan sederhana pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam atau secukup rasa
Bahan-bahan C (manisan):
Ads
3 keping gula nisan
2 helai daun pandan (disimpul)
2 cawan air
Cara Membuat:
Panaskan kuali, masukkan bancuhan air daun pandan, air kapur dan tepung beras. Masukkan garam dan sedikit pewarna hijau. Kacau selalu sehingga pekat dan berkilat. Tutup api lalu tuang ke loyang, sejukkan. Untuk lapisan atas, masukkan santan yang dibancuh dengan tepung beras ke dalam periuk. Masukkan garam, kacau sehingga berkilat. Tuang ke atas lapisan pertama tadi, ratakan dan sejukkan. Untuk manisan, panaskan air dalam periuk. Masukkan gula nisan dan daun pandan, masak sehingga gula nisan larut. Enak dihidangkan ketika sejuk.
LIYANA JASMAY
Empat hidangan kegemaran Liyana ketika di bulan Ramdan?
Setiap kali tibanya Ramadan, antara menu yang amat saya tunggu-tunggu disediakan oleh ibu antaranya termasuklah kari ikan, ayam masak kicap, ayam masak kurma dan kari daging.
Adakah anda memeasak sendiri juadah untuk berbuka puasa?
Ads
Sebagai isteri, saya menyediakan sendiri juadah bersahur dan berbuka untuk suami. Saya amat bertuah kerana suami seorang yang tidak cerewet soal makanan. Jadi, dia akan makan apa sahaja yang saya sediakan. Tetapi kami suami isteri amat mementingkan hidangan yang seimbang dan berkhasiat terutamanya di bulan Ramadan. Pemilihan hidangan yang tepat mampu membekalkan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari. Kami juga kurang makan nasi tetapi mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian.
KETUPAT DAUN PALAS
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
1 1/2 santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan
Gula secukup rasa
Cara membuat:
Kukus pulut hingga naik wap. Kacau sekali sekala. Sementara itu, masak santan dengan api yang perlahan. Masukkan simpulan daun pandan, garam dan secubit gula. Masak sehingga mendidih dan tutup api. Keluarkan pulut dari pengukus. Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga pulut kelihatan kembang dan lembut. Kukus sehingga pulut masak. Bungkus ke dalam daun palas. Kemudian kukus lagi sehingga masak.
AZIRA SHAFINAZ
Ads
Boleh berkongsi empat makanan kegemaran apabila tibanya Ramadan?
Setiap kali tibanya Ramadan, Azira akan cari menu kegemaran antaranya termasuklah otak-otak, tepung pelita, popia basah dan tau foo fa. Hidangan ini menjadi kegemaran Azira dan ada di antaranya hanya mudah diperoleh apabila tibanya Ramadan seperti kuih tepung pelita.
Kenangan Ramadan yang tidak dapat Azira lupakan?
Setiap kali berpuasa, arwah nenek Azira akan menyediakan hidangan istimewa iaitu martabak daging. Tahun ini merupakan tahun pertama kami sekeluarga menyambut Ramadan tanpa arwah yang meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sememangnya Ramadan tahun ini tidak akan sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Kami sekeluarga pasti akan merindui keenakan martabak daging hasil air tangan nenek.
BINGKA UBI KAYU
Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu|disagat
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air
1 cawan santan
Sedikit mentega
Beberapa titik pewarna kuning
Cara membuat:
Sagat ubi dan campur dengan air. Kemudian tapis, biarkan ubi seketika agar lebihan air dapat dibuang. Campurkan sagu bersama ubi. Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna. Tuang adunan santan. Sapukan loyang dengan mentega dan panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan masukan beberapa sudu mentega. Bakar selama satu jam di dalam ketuhar sehingga masak.
Untuk pelbagai hidangan berbuka, jangan lupa dapatkan Majalah NONA Mei 2018 di pasaran!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila terikat dengan pelan diet, nak makan apa pun terbantut.
Selalunya begitulah persepsi yang timbul. Masuk bulan Ramadan, nafsu makan akan lebih teruji.
Lebih-lebih lagi bila ke bazar Ramadan ataupun menghadiri majlis berbuka puasa.
Ia pasti mendorong seseorang itu untuk makan lebih kerana ‘tewas’ dengan kelazatan menu yang terhidang di depan mata.
Baca 9 tip ringkas yang dikongsi oleh selebriti kesihatan dan kecergasan, Kevin Zahri bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada nafsu makan semasa berbuka puasa.
“Chillex dan enjoy your “sekuih-dua”. Ingat, ia bukan soal kurus tapi untuk kehidupan yang lebih baik, sihat dan gembira.” -KEVIN ZAHRI
Berbuka Dengan Kurma
Kurma adalah sumber tenaga yang cepat (glukos) dan kompleks (serat) hebat.
Tapi INGAT, kurma tetap berkalori.
Protein dan Fiber
Mulakan hidangan pertama dengan pinggan yang ada sumber protein dan fiber yang mengenyangkan.
Kalori Dalam 700kcal
Tapi tak perlulah kira kalori ‘kaw-kaw‘. Chillex.
20 Minit Rules
Ia ambil masa 20 minit untuk rasa kenyang. So take it easy, makan dan yakin rasa kenyang akan datang nanti.
Socialize Dengan “0 Kosong“
Apabila berbuka bersama rakan dan keluarga, cuba layan ‘social drinking‘ dengan air kosong atau air tidak berkalori.
Elak Berbuka Dengan Nafsu
Jangan dahulukan makanan yang menggembirakan (bergula ringkas).
Kenapa? Kerana ia tidak mengenyangkan.
Solat Maghrib
Tunaikan solat maghrib untuk berikan rehat dari fiesta makanan dan peluang untuk 20 minit Rule to kick in.
Jangan Sihat 100% ‘Don’t be a party pooper‘. Pastikan ada budget untuk kuih-muih “sikit” dan makanan yang menggembirakan anda.
Keep Calm dan Berbuka It’s totallyOK kalau sesi berbuka anda tidak sempurna dan “koyak“ once in a while. Kerana ia bukan soal kesempurnaan.
Memasak boleh membantu mengurangkan stres, siapa setuju? Masak untuk keluarga tercinta di samping boleh mengisi masa yang terluang ketika PKP ni dan sedikit sebanyak boleh mengasah skil memasak. Suami pun makin sayang bila tengok isteri menyediakan hidangan luar dari kebiasaan.
Manisan sememangnya boleh menceriakan seseorang, puding karamel salah satunya. Puding karamel ini memang menjadi kegemaran semua orang. Menikmati puding karamel yang sejuk baru keluar dari peti sejuk memang boleh membahagiakan. Bukan susah buat puding karamel ini hanya guna 4 bahan saja dan kisar atau pukul guna blender saja.
Pemakanan ulam-ulaman segar telah lama menjadi tradisi warisan Melayu semenjak zaman berzaman. Bermula dari kampung-kampung, khasiat memakan ulam cepat tersebar kerana dikatakan pengamalnya mampu hidup sihat sepanjang hayat.
Khazanah herba seperti Ulam Raja (king salad) antaranya, dipercayai baik untuk melancarkan peredaran darah, detoksifikasi, menguatkan tulang dan menyingkirkan toksik dalam tubuh.
Percaya atau tidak, pokok Ulam Raja atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus, sebenarnya tergolong dalam jenis kosmos iaitu ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang berwarna-warni.
Ia juga dikenali sebagai pokok ‘Intan Berayun’ atau ‘Kenikir’ dan boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya. Ulam Raja amat senang ditanam di halaman rumah atau di dalam pasu bunga kerana ia mudah membiak dan membesar dengan cepat.
Kajian saintifik menunjukkan Ulam Raja mengandungi:
3% protein
4% lemak
Karbohidrat
Kalsium
Vitamin A
Rasa Ulam Raja segar yang luar biasa, sering kali menjadikan spesies herba ini sebagai pilihan utama untuk dimakan bersama nasi atau dicecah dengan budu, sambal belacan, tempoyak atau cencaluk.
Lazimnya, ia dihidangkan sebagai pembuka mahupun penambah selera. Masyarakat Melayu sejak dulu telah pun mengetahui khasiat dan memanfaatkan Ulam Raja ini sebagai makanan harian atau ubat-ubatan.
Khasiat Ulam Raja
Ulam Raja telah digunakan secara tradisi untuk membantu melancarkan peredaran darah, mencuci darah dan menguatkan tulang. Ia mengandungi keupayaan antioksida yang tinggi iaitu setiap 100gm Ulam Raja menyamai keupayaan antioksida 2,400mg L-asid askorbik. Sehingga kini, lebih daripada 20 jenis bahan antioksida telah ditemukan dalam Ulam Raja.
Selain itu, Ulam Raja juga boleh membantu untuk menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen seperti ini dapat melancarkan peredaran darah, memberi keseimbangan dan kesegaran kepada seluruh tubuh. Maka tidak hairanlah mengapa masyarakat kampung pada zaman dahulu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi serta jarang dijangkiti penyakit kronik.
Kajian turut mendapati bahan kimia kloroform yang di ekstrak daripada daun Ulam Raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine untuk merencatkan aktiviti sesetengah bakteria atau fungus seperti Candida albicans, Bacillus subtilis dan E. coli. Justeru bagi memastikan tubuh anda mendapat manfaat ini, nikmatilah Ulam Raja secara mentah dan elakkan dicelur terlalu lama atau dimasak.
Bagi anda yang berhasrat untuk mengekalkan keremajaan secara semula jadi, amalan memakan Ulam Raja turut memberi efek awet muda. Berkat khasiatnya yang mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, maka keanjalan kulit anda dapat dipertingkatkan. Selain itu, amalan memakan sayur-sayuran hijau juga dapat melicinkan kulit serta memancarkan keserian dari dalam.
Kandungan vitamin A dan antioksidan di dalam Ulam Raja juga boleh meningkatkan daya penglihatan dan membantu mengurangkan kesan penuaan. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema juga dapat dirawat secara alternatif melalui pengambilan Ulam Raja. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat pakar atau konsultasi profesional terlebih dahulu sebelum pengambilannya kerana ia tidak sesuai diambil dengan terlalu banyak. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira dengan kehidupan penyanyi muda, Syasya Rizal sekarang. Bukan hanya ‘berhijrah’ dari segi penampilan ke arah lebih baik dan menutup aurat, bahkan kian bahagia melayari hidup sebagai isteri dan kini berstatus ibu ...