Tiba lewat ke pejabat. Rehat lama. Balik awal. Tindakan yang hanya merugikan syarikat dan jabatan yang anda pimpin.

Jika anda seorang pengurus, sikap sebegini boleh membuatkan anda hilang ciri-ciri seorang pemimpin yang dihormati, disegani dan berjaya. Kini jika anda tergolong dalam salah satu senarai di bawah, maka sudah tiba masanya untuk menukar stail pengurusan anda.

IKLAN

Tidak Menyukai Pelanggan

Anda gagal menjalin hubungan baik dengan pelanggan, tidak sabar terhadap setiap pertanyaan dan tidak sanggup menyelesaikan permasalahan yang timbul. Pekerja di bawah seliaan anda akan menganggap cara anda melayan pelanggan betul dan akibatnya akan dirasai kemudian hari.

Ubahnya dengan: Memenuhi permintaan pelanggan sebaik mungkin. Jadikan perkhidmatan pelanggan sebagai keutamaan di dalam syarikat. Tuliskan senarai mengapa pelanggan penting kepada anda.

Menyalahgunakan Kuasa Dengan Menyalahgunakan Masa

Adakah anda susah bangun pagi walaupun jam loceng telah berbunyi berkali-kali? Memesan secawan lagi kopi di penamat waktu rehat? Keluar seawal 4:45 setiap petang dengan alasan kesesakan lalu lintas jika keluar lambat dari pejabat? Jika ini merupakan sebahagian tabiat buruk anda, anda tidak boleh mengharapkan anak buah akan lebih berdisiplin dari diri anda.

Ubahnya dengan: Mungkin tabiat ini adalah hasil sikap kurang peka dan profesional. Jika menyedari ada sesuatu yang perlu dilakukan, lakukan tanpa berlengah dan perubahan sikap ini akan memberi inspirasi terutama jika anda beroleh kenaikan kerananya.

Menunjukkan Rasa Tidak Hormat & Tidak Suka Pihak Pengurusan

Anda dimarahi kerana melakukan kesalahan atau kegagalan menyelesaikan konflik tertentu. Merasai terlalu kecewa, anda berkongsi masalah ini dengan pekerja bawahan dan mengadu tindakan pihak pengurusan terhadap anda. Pekerja yang mendengar dan tahu hal ini, akan secara psikologi merasa kurang hormat terhadap diri anda dan turut memburukkan pihak pengurusan.

Ubahnya dengan: Memang patut anda merasa kecewa, tetapi pilih rakan yang layak untuk berkongsi masalah. Mungkin orang di luar daripada pejabat seperti pasangan, rakan rapat, ibu bapa yang tidak ada kena mengena dengan syarikat.

Berpakaian Tidak Profesional

IKLAN

Dalam masyarakat hari ini, orang sekeliling lebih tajam melihat, lebih banyak merungut dan mengutuk sekiranya ada yang tidak kena dengan pakaian anda. Tapi sebahagian pekerja akan mencontohi anda, dan ia membawa imej yang buruk kepada syarikat amnya.

Ubahnya dengan: Jika anda menyangka tiada siapa yang mempedulikan apa yang anda pakai, cuba lakukan eksperimen hari ini. Tulis reaksi orang terhadap anda sepanjang hari, dan cuba pakai sesuatu yang lebih sempurna pada esok hari, kemudian catatkan. Anda pasti terkejut dengan hasilnya.

Mencuri Produk Atau Keuntungan

Anda menemui jalan atau cara untuk menggugurkan beberapa senarai produk atau keuntungan syarikat tanpa dapat dikesan. Jika pekerja dapat mengesan sikap ini, mereka tidak lagi akan menghormati diri anda dan peraturan yang anda lakukan kerana mereka mengetahui sikap anda yang tidak jujur pada syarikat.

IKLAN

Ubahnya dengan: Cari penasihat kewangan. Agensi pengurusan kredit tanpa profit mampu menyelesaikan masalah kewangan yang anda hadapi. Anda mungkin memerlukan kerja tambahan. Jika bukan konsultansi kewangan, dapatkan nasihat terapi untuk membantu anda memahami dan menukar tabiat anda.

Suka Melibatkan Peribadi

Menjalin hubungan dengan staf atau rakan sekerja lain, membuatkan pekerja lain merasa kurang senang dengan pasangan anda dan menyangka dia mencari kesempatan. Begitu juga jika anda mengambil sikap terlalu peribadi dengan pekerja anda seperti mencemburui mereka atau memburukkan mereka.

Ubahnya dengan: Jalinkan keakraban di antara pekerja dengan membawa mereka menghadiri aktiviti bina semangat, atau sesekali bawa anak buah anda melakukan aktiviti luar yang boleh memberi keseronokan kepada mereka.

Sebagai seorang pengurus hentikan tabiat merokok yang buruk, makan berlebihan, mabuk di depan rakan sepejabat termasuk tabiat kecil seperti menggigit jari setiap hari. Walau tidak mudah, tetapi amat berbaloi kerana memberi kebaikan kepada anda, membuat anda lebih dihormati dan memberi inspirasi kepada orang sekeliling.

Hentikan apa saja tabiat buruk anda hari ini untuk kebaikan karier anda dan kejayaan yang bakal anda kecapi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI