Apa yang harus anda lakukan sekiranya anak anda diserang sawan? Pastinya panik mula menguasai diri. Bagi penyanyi Nourul Wahab, Isnin lalu dia berhadapan dengan situasi cemas apabila anak lelaki bongsunya, Raphael Deep tiba-tiba diserang penyakit sawan ketika mereka berada di pusat beli belah terkemuka di ibu negara.

Ads

Dalam satu entri di laman instagram miliknya, Nourul berkata serangan sawan itu berlaku di ruang legar pusat beli-belah tersebut. Namun begitu, tindakan pantas Nourul meletakkan anaknya di dalam dalam posisi meniarap telah menyelamatkan nyawa anak bongsunya itu. Posisi tersebut membolehkan Raphael kembali bernafas seperti biasa.

Tiba-Tiba Diserang Sawan, Tindakan Pantas NOURUL WAHAB Selamatkan Nyawa Anak!

“Baru sahaja nak ke kereta, Raphael kena sawan. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak kena sawan, kena terbalikkan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar doktor,” ujar Nourul yang ternyata mengamalkan teknik rawatan yang bersesuaian untuk menangani masalah tersebut.

Tambah Nourul lagi, kejadian tersebut bukanlah kali pertama buat Raphael malah ia merupakan serangan kali ketiga dan ia berlaku di luar jangkaannya. Nourul berkongsi detik cemas di laman Instagram miliknya.

Tiba-Tiba Diserang Sawan, Tindakan Pantas NOURUL WAHAB Selamatkan Nyawa Anak!

Kata Nourul lagi, anaknya Raphael banyak mewarisi ciri-ciri orang Eropah di mana sekiranya demam dan suhu badan naik tinggi, mudah untuk diserang sawan.

Ads

“Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena sawan. Ini kali ketiga walaupun dipantau sebaiknya cuma semalam tak sempat sampai rumah,” ujarnya lagi.

Sebagai ibu, kejadian tersebut telah memberinya pengajaran agar tidak mengambil mudah apabila anak mengalami demam pada masa akan datang. Nourul juga turut mengingatkan ibu bapa agar bertindak pantas dan memantau sekiranya anak-anak demam. Peningkatan suhu badan kanak-kanak boleh memberi kesan jangka masa panjang untuk kanak-kanak.

Ads

Tiba-Tiba Diserang Sawan, Tindakan Pantas NOURUL WAHAB Selamatkan Nyawa Anak!

Nourul juga bersyukur apabila anak kesayangannya yang berumur tiga tahun itu tidak mengalami sebarang situasi serius dan hanya ditahan selama satu malam di hospital. Kini, Raphael sudah dibenarkan pulang dan dipantau oleh Nourul di rumah. Dalam masa yang sama, Nourul turut mengucapkan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu yang membantunya dalam situasi cemas itu.

Tiba-Tiba Diserang Sawan, Tindakan Pantas NOURUL WAHAB Selamatkan Nyawa Anak!

“Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ,” katanya lagi yang bernikah dengan Eric Daniel Depp, seorang perunding kesihatan warganegara Perancis.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI