Bila lama-lama duduk rumah dan tak digalakkan keluar ke mana-mana aktiviti mak-mak biasanya keluar masuk dapur je kan? Masa ini lah macam-macam yang teringin nak makan. Nak keluar beli pula, kita hanya boleh keluar dalam radius 10 kilometer saja. Nak tak nak semua kena masak sendiri kan.
Petang-petang macam ni memang sedap makan baulu. Tekak pun teringin nak makan baulu tapi tak ada acuan yang diperbuat daripada tembaga tu, apa tah lagi nak cari sabut untuk bakar baulu. Tapi jangan risau, kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga, kan? Guna saja apa yang ada di dalam rumah seperti blender dan sandwich maker.
Bahan-bahan;
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila (tak ada pun tak apa)
Cara membuat;
1. Masukkan telur dan gula ke dalam blender. Kisar bahan ini sehingga kembang lebih kurang dalam 6 minit.
2. Bila telur dah kembang, masukkan esen vanila dan tepung.
3. Sapukan minyak atas pan sandwich maker kemudian masuk adunan ke dalam acuan.
4. Bakar sehingga lampu di sandwich maker bertukar menjadi hijau atau lebih kurang 5 minit.
Dah siap untuk di makan bersama teh panas petang ini.
Cara Simpan Biskut Raya Kekal Rangup, Tahan Lama Dengan 5 Tip Ini
Nak pastikan biskut raya kekal rangup dan tahan lama? Boleh ikut 5 tip cara simpan biskut kegemaran ini, save siap-siap supaya biskut tak lemau atau masuk angin menjelang Hari Raya nanti.
Hidangan biskut raya sememangnya menjadi kemestian di meja makan. Sesuai disantap sebelum juadah utama seperti ketupat, lemang dan rendang, biskut raya juga digemari oleh semua peringkat umur tak kira tua ataupun muda.
Namun selepas bekasnya dibuka, keenakan biskut raya lazimnya tak tahan lama. Jadi lemau dan masuk angin jika tidak disimpan dengan betul. Agar biskut anda tetap sedap dan rangup seperti baru dibeli, ikut 5 tip di bawah ini.
(1) Bekas Kedap Udara
Bekas simpanan kedap udara sama ada balang kaca atau plastik adalah pilihan terbaik untuk menyimpan biskut raya. Pastikan bekas ini benar-benar kering sebelum digunakan. Elakkan bekas dari material kotak atau kertas.
(2) Tempat Simpanan
Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Kelembapan atau suhu tinggi akan membuatkan biskut raya lembap dan rosak. Sebaiknya simpan di dalam rak dapur atau almari yang sejuk dan kering.
(3) Asingkan Jenis Kuih
Biskut dari jenis yang berbeza sebaiknya disimpan dalam bekas yang berbeza. Ini dapat mencegah biskut yang bertekstur rapuh menjadi hancur kerana tertekan dengan biskut yang lebih keras.
(4) Dinginkan Biskut Sebelum Disimpan
Sebelum disimpan, pastikan biskut yang baru dibakar benar-benar dingin. Menyimpan biskut yang masih hangat ke dalam bekas akan membuatkan wap air terperangkap dan merosakkan rasanya.
(5) Masukkan Silica Gel
Selain menggunakan bekas kedap udara, anda juga boleh memasukkan silica gel ke dalamnya. Ia mampu menyerap kelembapan di dalam bekas. Pilih silica gel yang khusus untuk makanan (food grade) agar selamat untuk penyerapan.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/dari-jual-dessert-kecil-kecilan-di-rumah-siti-hajar-kini-tauke-coklat-di-suka-dessert-cetus-inspirasi/
Sumber: CNBC
Legakan Haus Dengan 2 Minuman Baharu Ini, Sejuk Tekak Nikmati Karamel, Matcha Berais!
Cuaca yang panas terik, ditambah situasi kes COVID-19 yang meningkat serta kebosanan duduk di rumah kini boleh diatasi dengan memesan minuman terbaharu di pasaran.
Dua pilihan Nona untuk menghilangkan dahaga adalah dari Costa Coffee dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Menariknya, perisa baharu yang ditawarkan menepati selera ramai iaitu karamel dan matcha.
SORAKAN OLIMPIK
Costa Coffee memperkenalkan rangkaian minuman Golden Caramel untuk meraikan penajaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sekarang. Kalau beli sekarang dapat sekali cawan edisi khas Tokyo 2020 tau!
Aroma karamel yang manis bercampur kopi asli menjadi keistimewaan minuman baharu Costa Coffee. Rangkaian tersebut menampilkan Tokyo Gold Latte, Tokyo Gold Iced Latte, Tokyo Gold Frostino, dan Golden Tokyoccino dalam pilihan panas atau sejuk.
SESUAI MUSIM PANAS
Satu lagi kesukaan Nona adalah Ice Blended The Coffee Bean & Tea Leaf iaitu Matcha Strawberi dan Matcha Hazelnut. Keseronokan yang kecil meneguk minuman ini sambil menikmati kek mampu membantu kita berehat lebih baik pada waktu PKP ini.
Tak cukup minuman ice blended semata, pesan juga menu lazat Poppin’ Summer Salad yang ceria, gandingan cape gooseberry, bayam kecil dan ayam popcorn rangup ditaburi kuah salad sitrus yang segar. Memang sedap!
Tak perlu keluar rumah untuk memesan minuman-minuman ini. Semuanya di hujung jari, cuma tempah secara online dan tunggu ia dihantar terus ke rumah. Lebih selamat dan mudah, bukan?
Selamat menjamu selera. Bertenang dan luangkan masa dengan orang tersayang.
Peminat K POP Perlu Kunjungi Keikeu bila 45 Jenis Pencuci Mulut Korea Jadi Taruhan!
Jika pencuci mulut merupakan sajian kegemaran anda, maka Keikeu adalah ‘syurga’ manisan yang wajib dikunjungi! Apatah lagi maksud Keikeu iaitu ‘kek’ atau lebih tepat lagi ‘sepotong kek’ dalam bahasa Korea. Dengan menawarkan pilihan lebih 45 jenis sajian pencuci mulut tempatan dan Korea, Keikeu semestinya dapat memenuhi citarasa selain memberi inspirasi untuk berkongsi sajian manisan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Keikue, merupakan rangkaian cawangan sajian pencuci mulut Korea, mula diperkenalkan di Malaysia kurang daripada setahun yang lalu. Hasil inspirasi daripada sebuah kedai kek di Jinju, Korea, para pengasas Keikeu memperkenalkan konsep unik kedai sajian pencuci mulut dari negara itu ke Malaysia dan sehingga kini, ia mempunyai lima cawangan di seluruh Lembah Klang.
**media[]**
Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pengasas/Pemilik Bersama Keikeu Malaysia, Lim Jun Liang, "Keikeu diilhamkan untuk membolehkan orang ramai berkongsi kegembiraan dan momen amat bermakna dengan bersama-sama menikmati sajian pencuci mulut yang bermutu dan unik. Hanya makanan yang dapat menyatukan sesama insan terutamanya sajian manisan. Oleh itu, kami memutuskan untuk menghasilkan semula konsep menawarkan sajian pencuci mulut dalam banyak kombinasi supaya orang ramai dapat membeli dan menikmati pelbagai jenis manisan yang pastinya memenuhi citarasa yang berbeza.
Antara sajian pencuci mulut yang popular di Keikeu ialah macaron berinti krim dihias unik, kek cawan unicorn berwarna pelangi, choux puff berintikan jem yang pasti menawan kalbu dan kek keladi Korea asli. Tidak ketinggalan juga kek berperisa tempatan yang menjadi kegemaran ramai seperti kek gula Melaka, kek pandan dan kek bandung yang juga disaji di Keiku. Dengan harga mampu beli walaupun kesemua sajian pencuci mulut ini dihasilkan dengan penuh teliti dan berkualiti, kami menjualnya antara RM6 – RM7 setiap satu. Bagaimanapun, untuk menikmati pelbagai jenis sajian pencuci mulut Keikue, ia perlu dibeli dalam bentuk pakej dan tidak dijual secara berasingan.
Pakej sajian pencuci mulut Keikeu termasuk:
• Pek Solo – RM19.90 untuk 5 jenis pencuci mulut
• Pek Sukaria – RM29.90 untuk 8 jenis pencuci mulut
• Pek Parti – RM39.90 untuk 12 jenis pencuci mulut
Dalam usaha menyajikan kek-kek yang lebih lazat kepada pelanggan, baru-baru ini, Keikeu melancarkan sajian terbaharu dalam senarai pilihan pencuci mulutnya – Keikeumisu. Kek cawan Tiramisu yang diilhamkan daripada Korea ini ditampilkan dalam 7 citarasa berbeza – perisa asli, pic, bri biru, matcha, oreo dan mangga pada harga hanya RM14.90 setiap satu.
Bagi menikmati sajian pencuci mulut ini, Keikeu menawarkan minuman segar yang pasti melegakan kehausan mengikut senarai minuman Fruitea, Fruitea Fizz, Yuzu Yoja, Yoghurtea serta Milky. Dihasilkan daripada puri buah-buahan segar yang dicampurkan dengan teh, Keikeu menawarkan minuman teh strawberi, pic dan limau gedang manakala Milky pula menampilkan rasa Matcha Susu, Chai Susu dan Coklat, yang dapat memenuhi cita rasa ramai.
Untuk menikmati sajian manisan Keikeu yang enak atau manjakan insan yang anda sayangi dengan hidangan istimewa ini, Keikeu boleh didapati di 1 Utama, My Town Shopping Centre, Aeon Shah Alam, Aeon Maluri, Paradigm Mall dan bakal dibuka di KLIA2 .