Tiba-tiba Ubah Selera, Cuba Buat Masakan Pasta Ini Untuk Berbuka. Fuh, Terliur Dibuatnya!

Nasi dan lauk-pauk sememangnya menjadi juadah utama untuk berbuka puasa. Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam nasi dan pelbagai nutrisi lain yang terangkum dalam hidangan lauk-pauk, sudah cukup memadai untuk membekalkan semula tenaga yang hilang sepanjang hari. Namun, jika makan sajian sama setiap hari pun jemu, kan?

Apa kata anda ubah sikit menu hidangan berbuka dengan memasak sajian pasta pula hari ini. Bukan saja mudah disediakan, malah mengandungi nutrisi yang sama seperti nasi. Selamat mencuba!

SEAFOOD AGLIO OLIO PASTA

Bahan-bahan:

  • 200 gram spageti (siap direbus)
  • 1 peket campuran makanan laut
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 tangkai daun parsli segar (dihiris halus)
  • 4 biji tomato (dibelah dua)
  • 1 sudu teh cuka sayur
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • 3 sudu besar keju parmesan

Cara membuat:

Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Tumis bawang putih hingga naik bau. Seterusnya, masukkan cuka sayuran dan kacau diikuti campuran makanan laut. Kacau hingga separuh masak. Kemudian, masukkan serbuk cili, daun parsli, tomato ceri dan spageti yang telah siap direbus. Akhir sekali, masukkan keju parmesan dan kacau hingga sebati. Sedia untuk dihidang.

 

CAJUN SHRIMP PASTA

Bahan-bahan:

  • 200 gram spageti (siap direbus)
  • 5 ekor udang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih (dicencang halus)
  • ½ ulas bawang putih (dicencang halus)
  • 4 sudu besar rempah Cajun
  • 1 sudu teh lada hitam kasar
  • 200 ml krim masakan
  • 4 sudu besar keju parmesan
  • 1 peket salad roket
  • 3 biji lada benggala (pelbagai warna dipotong dadu)
  • 4 biji tomato ceri (dibelah dua)

Cara membuat:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih bersama bawang besar hingga layu dan naik bau. Masukkan rempah cajun, lada hitam dan udang. Kacau sebati dan masukkan pula krim masakan serta keju parmesan. Biarkan hingga mendidih. Seterusnya, masukkan spageti dan digaul sebati. Sesudah itu, masukkan lada benggala, tomato ceri dan buah zaitun. Gaul sebati dan hidangkan bersama salad.

Resipi: Terima kasih Kamilah’s Lifestyle Cafe

Share
Published by
Zully