Tidak Boleh Hamil, Buat Rawatan Kecantikan… Britney Spears Dedah Bukan ‘Hamba’ Si Penjaga & Tuntut Kebebasan!

Sayu melihat bagaimana perjalanan hidup Britney Spears daripada seorang yang masyhur, kaya-raya dan cantik rupawan kini berbeza.

Mengimbau saat ‘kejatuhan’ paling mengejutkan dalam sejarah hiburan, hidup Britney Spears dikatakan berubah teruk selepas bapanya dilantik sebagai penjaga.

Bapa Britney, Jamie Spears sebelum ini mula memikul peranan tersebut selepas menerima arahan mahkamah pada 2008 susulan Britney didakwa mengalami masalah psikiatri.

Hak itu sudah berlarutan selama 13 tahun dan nyata ibu kepada dua anak ini tidak mahu hal berkenaan terus menjejaskan kehidupannya.

Dengan hak yang diberi kepada bapanya, Jamie bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan perubatan, kewangan dan semua urusan peribadi bintang itu.

Britney Spears dan bapanya

 

Hidup Britney Spears dikongkong oleh bapa sendiri

 

“Konsep ‘penjagaan’ ini adalah satu penderaan.” Britney Spears

 

Wanita berusia 40 tahun ini bukan saja perlu membelanjakan suku juta sebulan bagi mendapatkan rawatan mental, malah dihalang untuk mengandung lagi.

“Bapa dan pihak pengurusannya sanggup memasang alat pencegah kehamilan pada saya,” akui Britney yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari dan memiliki anak.

Britney di sisi teman lelaki, Sam Asghari

 

Menerusi perkahwinan terdahulu dengan Kevin Federline, Britney hanya memperoleh 30 peratus hak penjagaan selepas Federline diberikan hak penjagaan tunggal untuk menjaga kedua-dua anak mereka.

Antara perkara lain di bawah hak penjagaan itu, Jamie juga bertindak melarang Britney untuk melakukan rawatan kecantikan diri melibatkan kuku, rambut dan urutan akupuntur.

“Dia (Jamie) dengan arahan yang diberikan ini dan kawalan yang dilakukan ke atas saya. Apa saya lalui merupakan satu situasi yang memalukan dan tidak bermoral, saya rasa dibuli.” Britney Spears

 

SOLIDARITI UNTUK BRITNEY

Hanya mahu membantu anak perempuan sendiri. Begitulah kenyataan balas bapa Britney Spears, Jamie Spears apabila orang ramai bersolidariti menyokong hak kebebasan bintang pop tersebut.

“Saya sedih melihat dia menjalani kehidupan dalam penderitaan dan kekecewaan, Jamie sangat menyayangi Britney,” kata peguamnya ketika diwawancara.

Orang ramai membawa potret Britney ketika sesi perbicaraan di Stanley Mosk Courthouse pada Rabu, 23 Jun 2021 (AP Photo/Chris Pizzello)

 

Ketika ini, hashtag #FreeBritney sedang tular di pelbagai platform media sosial oleh penyokong serta peminatnya dari seluruh dunia.

Rakan-rakan selebriti ternama dari industri hiburan juga tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Britney untuk memperjuangkan nasibnya.

Antara selebriti yang menunjukkan solidariti ialah Chrishell, Justin Timberlake, Mariah Carey, Brandy, Khloe Kardashian, serta ramai lagi.

 

LUAHAN HATI

“Saya hanya mahukan kehidupan saya kembali seperti biasa… Saya bukan ‘hamba’ kepada sesiapa. Saya alami tekanan, tidak boleh tidur dan saya tidak gembira dengan kehidupan ini..”

Sebak mendengar kata-kata Britney Spears di Mahkamah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lepas dalam kenyataan rayuannya yang memohon untuk menyingkirkan bapanya, Jamie Spears, sebagai penjaga, lapor Reuters.

Teman lelaki Britney Spears dikatakan banyak memberi sokongan emosi dan mental agar terus kuat

 

Pasangan Britney dan Sam Asghari merancang membina kehidupan bersama

 

Tahun lalu, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun ini.

Penyanyi lagu Oops! I Did It Again ini turut membuat permohonan untuk membolehkan pengurusnya, Jodi Montgomery, memainkan peranan tersebut.

Sumber: Astro Awani

Share
Published by
Norzalina