Tidak Terhad Untuk Golongan Ternama, FIZIWOO Lancarkan Koleksi Mampu Milik Kolaborasi Bersama LILIT.

Jenama FIZIWOO sering menjadi pilihan di kalangan orang ternama dan terkenal kerana struktur rekaan puffed sleeves, ruffles dan peplums. Bagi merealisasi impian wanita yang mahu menggayakan jenama FIZIWOO dengan harga berpatutan, sebuah koleksi telah dilancar hari ini.

Pemilik jenama FIZIWOO, Fizi dan Khai telah mempersembahkan koleksi mampu milik di bawah label WOO/FIZOWOO yang merungkaikan rekaan romantik moden dengan cool edgy silhouette untuk wanita yang yakin, kuat dan tersendiri. Lebih istimewa apabila koleksi ini merupakan kolaborasi WOO/FIZIWOO dengan LILIT.

Koleksi LILIT. x WOO/FIZIWOO ini adalah pakaian sedia pakai yang diperincikan dengan teknik dan rekaan couture. Kerjasama ini adalah di antara cerita cinta versi romantik dan klasik di antara wanita dengan busana mereka.

Kisah cinta ini diterjemahkan kepada setiap rekaan pada koleksi ini, apabila LILIT. dan WOO/FIZIWOO memberikan sentuhan hebat untuk setiap rekaan dengan memberikan tumpuan yang penting pada setiap proses rekaan koleksi ini.

Menurut pengarah kreatif LILIT. Min Luna, “Kami sangat gembira dapat berkolaborasi dengan salah satu jenama fesyen yang terkenal untuk menghasilkan koleksi ini. Ini boleh dikatakan perkara yang terhebat yang terjadi pada industri fesyen tempatan pada tahun ini.

Semua orang berpeluang untuk menggayakan koleksi WOO/FIZIWOO daripada skirt bercorak floral pleated sehingga kepada baju lengan panjang bloom puffed yang menarik. Rekaan ini menunjukkan sisi sebenar koleksi ini, ini sudah semestinya menjadi buah mulut masyarakat nanti,” katanya.

Pelbagai jenis rekaan untuk blaus, skirt, jumpers, dan seluar panjang, koleksi kerjasama LILIT. x WOO/FIZIWOO menampilkan koleksi pakaian wanita kontemporari bersama aura romantik moden yang menarik.

Rekaan ini didatangkan dengan saiz dari XS sehingga XXL pada harga yang mampu milik bermula dari RM99 sehingga RM199. Direka untuk wanita agar yakin terhadap diri sendiri. Silhouettes yang ayu dan beralun dengan perincian seperti leher tinggi cetakan floral dan pleats lembut, sementara warna pada palet dan cetakan adalah lembut dan elegan
yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Nora Danish, Hanis Zalikha, Nadiya Nisaa, Ummi Nazeera dan ramai lagi.

Share
Published by
Hamizatul Maizan