Selepas seharian berada di luar dan perlu melakukan banyak tugasan sehingga pulang lewat malam, tidak ada yang lebih nikmat lagi daripada dapat merebahkan diri di tempat tidur. Keadaan diri yang terlalu letih membuatkan seseorang wanita itu menjadi malas untuk membersihkan solekan yang ada di wajah selepas pulang ke rumah. Terasa macam diri dah melekat di katil kesayangan sehingga nak bangun pun tak larat.
Secara sengaja atau tidak sengaja, akhirnya mereka memilih untuk terus beradu tanpa membuang secalit pun make up
yang anda di wajah. Kulit wajah yang sihat dan segar akan memberikan efek cantik dan tampil awet muda. Namun, jika tidur dengan solekan masih di wajah akan memberi kesan buruk dan boleh mencelakan kecantikan kulit wajah. Hal ini kerana, bukan tubuh badan saja yang perlu tidur dah rehat yang secukupnya, kulit wajah anda juga memerlukan hal yang sama.KULIT WAJAH SUKAR BERNAFAS
Tabiat buruk ini akan membuatkan kulit wajah sukar untuk bernafas dan sukar diperbaharui. Make up yang tidak dibersihkan juga akan mengakibatkan liang pori tersumbat seterusnya akan timbul masalah seperti jerawat dan kulit berminyak.
BIBIR
Kesan gincu yang tidak ditanggalkan sewaktu tidur boleh menyebabkan bibir menjadi kering dan seterusnya merekah. Lagipun, tidur dengan gincu masih dibibir akan meninggalkan kesan kotoran pada alas tempat tidur. Satu hal pula nanti kena cuci cadar dan sarung bantal.
MASKARA
Tidur dengan maskara boleh menyebabkan bulu mata gugur dan kegatalan.Jika tabiat ini berterusan, mata akan menjadi bengkak dan seterusnya dijangkiti kuman. Selain itu, eyeliner yang tidak dicuci juga akan membuat mata menjadi merah akibat jangkitan kuman.
IRITASI
Produk solekan yang sedia ada di pasaran sekarang mempunyai banyak bahan-bahan kimia ditambah lagi pula dengan kesan debu, habuk dan asap yang telah melekat pada wajah setelah seharian melakukan aktiviti luar. Jadi, bila wajah tidak segera dibersikan, akan timbul rasa selesa dan gatal pada wajah dan sekitar leher. Selain itu, hal ini juga akan menyebabkan kulit kemerahan dan kelembapan kulit akan terjejas.
sumber: hellosihat.com
This website uses cookies.