Anda pasti memiliki lebih banyak daripada ini, namun tiga senarai ini adalah asas kepada keperluan harian anda.
BEG SIANG BERSTRUKTUR
Ini adalah beg yang anda akan paling banyak gunakan seharian, bukan hanya kerana anda jauh dari rumah dan tiada masa untuk menukar beg mengikut acara bahkan ia adalah jenis beg yang paling versatil. Beg jenis ini akan nampak elok jika dipadankan dengan apa jua jenis pakaian dari gaya sut penuh, gaun sehinggakan ke gaya kasual dan santai. Beg berstruktur ini datang dari pelbagai jenis saiz yang boleh memenuhi kehendak anda. Misalnya jika anda punya banyak urusan diluar dan perlu membawa pelbagai jenis barang serta dokumen, seeloknya pilih beg tote yang berstruktur.
Ia bukan sahaja boleh memuatkan banyak barang bahkan mampu memberikan gaya lebih serius dan korporat. Namun jika anda tidak membawa banyak barang dan hanya bawa barang asas bersama, pilih beg sandang jenis satchel ia akan nampak sesuai dengan pakaian kerja anda. Untuk pemilihan warna pula, jenis beg harian yang anda bawa setiap hari seeloknya datang dalam rona neutral seperti warna hitam, coklat pekat ataupun beige. Warna putih boleh juga jadi pilihan, namun hari anda ingat bahawa warna ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
BEG KASUAL
Beg untuk gaya kasual tergantung kepada jenis apa yang anda sukai sama ada dari jenis beg hobo tidak berstruktur, beg sandang yang edgy ataupun gaya beg tote klasik yang diperbuat dari kain lembut. Ia bergantung kepada tujuan anda menggunakan beg ini, ia boleh ditentukan dengan melihat busana yang anda gayakan. Sebagai contoh, jika anda keluar berlibur dihujung minggu, mungkin beg tote dari kain lebut sesuai dibawa kerana ia bukan sahaja ringan bahkan boleh memuatkan pelbagai jenis barangan. Selain itu rekaannya yang ringkas dan bersahaja menyerlahkan personaliti anda.
BEG GLAMOR
Beg jenis ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu kategori klasik dan juga extravaganza. Untuk kategori klasik beg clutch rona hitam, perak dan emas metalik amat tepat dengan penggayaan busana seperti little black dress dan gaun malam. Jika anda mahu lari dari gaya klasik ini, serlahkan gaya glamor penuh ekstravaganza dengan pilihan rekaan yang lebih menyerlah. Kebiasaannya beg jenis ini boleh dijadikan sebagai satu tumpuan gaya yang menyerlahkan penampilan keseluruhan anda.
BAGAIMANA HENDAK MEMBELI BEG YANG BETUL?
Ini adalah tiga persoalan yang banyak menjadi tanda tanya saat membeli sebuah beg. Jawapan yang disediakan penulis boleh menjadi panduan dalam pembelian beg anda yang seterusnya.
Tidak semestinya beg yang anda lihat cantik di atas rak kedai sesuai dengan anda. Anda harus mencubanya terlebih dahulu di hadapan cermin penuh dari bawah ke atas. Sebuah beg seharusnya sesuai dengan bentuk tubuh anda. Jika terlalu besar, ia akan membuatkan anda kelihatan keterlaluan. Jika terlalu kecil pula ia akan membuatkan tubuh anda kelihatan besar.
Jika anda sukakan beg sandang, pastikan kelebaran tali beg tersebut selesa bila diletakkan di bahu. Jalan sedikit sekeliling butik dan pastikan beg tersebut tidak senang terjatuh dari bahu. Anda juga patut tahu untuk apa bg tersebut dibeli. Jika beg sandang itu sekadar untuk membawa sedikit bawang perbadi seperti dompet, alat solek dan kunci, maka beg bertali halus sesuai dibeli. Namun sebaliknya jika anda ingin membawa banyak barang, pilih beg jenis tali lebar.
Teratur dari segi kebolehan menyimpan barang adalah satu kriteri beg yang patut diambil kira. Apabila membeli beg pastikan ia memiliki sekurang-kurangnya dua poket tersorok di bahagian dalam agar anda boleh menyimpan barangan kecil seperti alat solek ataupun kunci, jadi anda tidaklah susah mencari barang tersebut.
This website uses cookies.