Pejam celik sudah hampir tiga tahun berlalu rawatan pembedahan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ ini. Melihat perkembangan adik Ainul yang sihat dan membesar seperti kanak-kanak lagi menggembirakan hati mereka yang mengikut perkembangannya.
Apabila sebut sahaja tentang adik Ainul pasti terus terbayang wajah Dr Nur Amalina Che Bakri yang bertanggungjawab menjalankan koordinasi pasukan perubatan di hospital di London bagi tujuan rawatan tersebut.
Menyingkap kembali kisah adik Ainul melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulut dan berjaya dilakukan oleh sepasukan doktor bedah termasuk Dr Amalian di London, benar-benar membuat masyarakat tersentuh. Tak sangka! tiga tahun berlalu hubungan doktor dan pesakit ini masih terjalin erat.
Baru-baru ini Pelajar cemerlang SPM 2004 ini telah pulang ke tanah air dan tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan pesakit ciliknya dahulu yang kini berusia empat tahun.
Bagaikan sebuah keluarga adik Ainul kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavillion Kuala Lumpur.
“Lovely to see Ainul, @_nrlerwani and @ahmadsafiudinn again! Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler!,” tulis Dr Amalina di laman Instagramnya.
Kini anak kepada pasangan Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin Abdul Razak, masing-masing berusia 26 tahun ini sudah semakin sihat dan aktif.
Kali ini kepulangan Dr Amalina tidak bersendirian kerana ditemani oleh suami tercinta. Dr Amalina telah mengikat ikatan perkahwinan dengan lelaki Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac 2021.
Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid Central London. Wanita yang berusia 34 tahun ini bersyukur apabila akhirnya dapat meneruskan majlis pernikahan setelah tiga kali tertangguh berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom.
Dr Amalina kelihatan anggun dalam persalinan kurung moden berona putih. “Kini saya sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London. Pada masa sama, saya juga sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di Imperial College London,” bicara Dr Amalina kepada NONA.
View this post on Instagram
Baca juga: Genap setahun pembedahan Adik Ainul