“TIKI-LICIOUS SUNDAY BRUNCH” Bawa Anda Makan Bagaikan Berada Di Hawaii!

Bila tiba hujung minggu, pelbagai agenda dirancang untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Ada yang bercadang bercuti, membawa keluarga berkunjung ke pusat beli belah mahupun menikmati hidangan di restoran pilihan masing-masing.Minggu ini, hari minggu menjadi lebih bermakna apatah lagi tatkala negara bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 63 esok. Cuti hujung minggu yang lebih panjang dari biasa membolehkan pelbagai agenda bersama keluarga dirancang sebaik mungkin.Jika anda masih mencari lokasi untuk menikmati hidangan yang enak pada harga yang berpatutan, kunjungan ke The Resort Cafe yang terletak di Sunway Resort Hotel & Spa boleh dijadikan pilihan. Mana tidaknya, The Resort Cafe memperkenalkan “Tiki-Licious Sunday Brunch” untuk membolehkan anda seisi keluarga menikmati hidangan secara buffet yang menampilkan menu dari seluruh dunia!

Tiki-Licious Sunday Brunch boleh dinikmati pada setiap hari Ahad bermula jam 11 pagi hingga 3 petang ini pada harga RM88nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun.
Penulis berkesempatan berkunjung ke Resort Cafe baru-baru ini untuk menikmati sendiri hidangan secara buffet dalam norma baharu yang dipersembahkan dalam cara unik dan sendiri oleh kakitangan Resort Cafe ini.

Bagi memastikan faktor keselamatan pengunjung tatkala menjamu selera, inisiatif Sunway Hotels & Resorts yang menampilkan polisi ‘Sunway Safe Stay’ bagi memastikan soal kebersihan dan keselamatan diberi perhatian khusus. Mana tidaknya, setiap pelanggan akan diperiksa suhu badan terlebih dahulu sebelum memasuki premis selain mengamalkan penjarakkan sosial seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

The Resort Café telah ditransformasi dengan gaya Lūʻau-inspired set-up di mana setiap kakitangan akan menampilkan pakaian dari Kepulauan Hawaii dan Mexico di samping alunan muzik Aloha yang dimainkan sepanjang 4 jam brunch berlangsung. Lebih istimewa, ketibaan pelanggan akan disambut oleh set up ala Hawaii di tepi pantai. Sememangnya bagai berada di Hawaii!

Nak tahu apakah perbezaan yang penulis dapat rasai sendiri tatkala menikmati Tiki-Licious Sunday Brunch ini baru-baru ini? Ya, penulis amat tertarik dengan konsep buffet yang lebih bersifat personal dan mesra di antara para kakitangan hotel dengan para pelanggan. Mana tidaknya, brunch kali ini membolehkan para kakitangan menghidangkan makanan secara direct di meja para pelanggan!

Ya, hidangan akan dibawa ke setiap meja oleh kakitangan The Resort Cafe dalam kuantiti yang cukup unik. Apabila makanan dibawa terus kepada pelanggan, sekaligus mengurangkan pergerakan ke meja buffet dan mengehadkan pergerakan di dalam restoran. Selain itu, terdapat 12 live action stations yang menghidangkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati.

Antara menu yang ditawarkan bermula dari hidangan starters seperti Caesar Salad with condiments tossed in a large Cheese Wheel, sup barat atau Cina, mi tarik, teppanyaki,Makki Rolls dan sebagainya. Tidak ketinggalan, menu Asia dan hidangan Mexico yang wajid dicuba iaitu Nachos dan Quesadillas, hidangan enak seperti sate, kebab Turki, Satey Lilit Bali dan tidak dilupakan hidangan signature The Resort Cafe iaitu Churrasco.

Memahami selera rakyat Malaysia yang gemar mencuba pelbagai hidangan, hidangan yang diinspirasi dari Korea seperti Korean-style Fried Chicken dan Pancake turut dihidangankan untuk dicuba. Sebagai hidangan penyejuk tekak, jangan lupa mencuba ais kacang, cendol serta mocktail buah-buahan tropika.

Selain menikmati pelbagai hidangan yang enak, para tetamu turut akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari kakitangan The Resort Cafe yang sememangnya bukan sahaja mempunyai bakat dan kemahiran menyediakan hidangan yang enak untuk dinikmati, malah turut mempunyai bakat penghibur yang berjaya dicungkil melalui Tiki-Licious Sunday Brunch ini! Jika anda datang bersama anak-anak, turut disediakan sudut mewarna dan menghias kek cawan bagi membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Anda juga pasti akan tersenyum bangga bila si kecil menarikan tarian Aloha di hadapan anda sebagai surprise untuk anda dari anak-anak ini. Sememangnya pengalaman menikmati hidangan enak sambil bersantai di hujung minggu bersama keluarga memberi memori yang indah untuk dikenang. Untuk informasi, jangan lupa layari laman sesawang Sunway Resort Hotel & Spa.

Share
Published by
Rosmah Idayu