TikTok, destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, telah meniti satu titik sejarah yang bermakna di negara ini, dengan anjuran TikTok Awards yang julung kali diadakan di Malaysia – meraikan kreativiti, inovasi, dan citra semangat komunitinya. Acara anugerah ini telah diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada tanggal 27 Ogos 2023, bagi meraikan para pencipta konten yang giat memahat tanda aras baharu serta mencorak industri kreatif dan penciptaan konten di Malaysia.

Ads
TikTok Rai Kreativiti Pencipta Kandungan, KHAIRUL AMING Dinobat ‘Creator Of The Year’
Khairul Aming

Sejak ditubuhkan, TikTok merupakan platform yang memupuk semangat ekspresi kreatif, tulen dan positif, serta membentuk sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video. TikTok Awards 2023 membuktikan impak yang dicetus oleh para pencipta konten ini, yang bukan sahaja memberi ilham kepada jutaan individu, tapi juga memberi definisi baharu kepada kegiatan pembikinan konten digital. Biarpun bakat dan minat pencipta konten ini diperlihatkan melalui skrin kecil, tetapi impak mereka ke atas pelbagai komuniti melangkaui video-video yang disajikan di FYP para pengguna, menunjukkan betapa BESAR-nya mereka di sebalik skrin kecil itu. Dianjurkan beberapa hari sebelum Hari Kebangsaan Malaysia, TikTok Awards 2023 dilihat sebagai bersesuaian bagi meraikan bakat-bakat tempatan yang telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia melalui perkongsian kreativiti di samping membawa keceriaan.

“Setiap pencipta konten mempunyai cerita mereka sendiri dan TikTok merupakan wadah untuk mereka berkongsinya dengan kreativiti mereka tersendiri. Berasal dari pelbagai latar belakang, para pencipta konten ini berjaya menempa nama dan kejayaan di TikTok, melalui video-video informatif, konten hiburan, atau yang melibatkan perniagaan – yang semakin dikenali sebagai ‘Shoppertainment’. TikTok Awards bukannya sebuah acara semata-mata, tetapi merupakan kemuncak bagi perjalanan para karyawan TikTok yang diorak setiap hari, dan kami sangat berbangga dengan pencapaian mereka,” ujar Yin Yin Hooi, Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia.

“TV3 sangat sinonim dengan penerbitan rancangan anugerah yang berskala besar seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat dan Anugerah Bintang Popular BH. Sudah tentulah kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menyiarkan TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan di Malaysia. Ini merupakan peluang berharga buat peminat untuk melihat pencipta konten kegemaran mereka diiktiraf di malam anugerah yang hebat ini,” kata Puan Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios.

Dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, majlis anugerah ini diserikan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang menyampaikan anugerah di atas pentas. Para tetamu juga disajikan dengan persembahan yang menarik daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, dan Alyph antara lainnya. Menjelang segmen utama acara tersebut, pasangan hos karpet merah Ceddy dan Sissy Imann telah bersua sapa dengan para hadirin, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis merangkapkan detik-detik istimewa di belakang pentas.

TikTok Rai Kreativiti Pencipta Kandungan, KHAIRUL AMING Dinobat ‘Creator Of The Year’
Shahira Azlan

Pemenang-pemenang terbesar malam itu
TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen: Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori; dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof; artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini; serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.

Ads

Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:

Ads

People’s Choice Awards:
Creator of the Year: Khairul Aming
Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin

Judge’s Pick Awards:
Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
Best of Education: Sir Asai
Best of Entertainment: Eiqa Maleq
Best of Foodie: Syifa Jamill
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish

TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI