Timang Anak Kedua, RANDY PANGALILA Kongsi Foto Isteri Di Bilik Bersalin

Aktor tampan Indonesia, Randy Pangalila berkongsi kegembiraannya apabila isterinya, Chelsey Frank selamat melahirkan anak keduanya minggu ini. Randy berkongsi momen tersebut melalui muat naik di laman Instagram miliknya.

JUGA BACA: https://www.nona.my/hadiah-hari-natal-paling-bermakna-randy-pangalila-chelsey-frank-bakal-dapat-anak-kedua/

Perkongsian Randy Pangalila usai isterinya Chelsey Frank selamat melahirkan anak kedua mereka. Foto: Instagram @randpunk

Menurut aktor berusia 32 tahun itu, isteri tersayang dan anak mereka berada dalam keadaan sihat dan proses bersalin secara C -Section dijalani oleh isteri tersayang. Randy turut berkongsi nama anak keduanya itu iaitu Asher Griffin Pangalila.

Bapa kepada dua cahayamata ini turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat isteri tercinta yang disifatkan sebagai wanita yang kuat berjuang untuk melahirkan zuriatnya.

Rata-rata peminat turut memuji kecantikan Chelsey ketika proses kelahiran zuriat keduanya meskipun sedang berjuang untuk melahirkan zuriat keduanya itu.

“Terima kasih untuk wanita kuat yang cantik ini. Aku mencintaimu dengan segenap hatiku,” randy pangalila.

Randy berkahwin dengan wanita berasal dari Kanada, Chelsey Frank pada 19 Januari 2019. Majlis perkahwinan tersebut telah diadakan di Bali, Indonesia dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Elfira Loy dan suaminya, antara tetamu yang diundang di majlis perkahwinan aktor kelahiran Surabaya itu.

Randy Pangalila bersama anak sulungnya, Blair Willow Pangalila

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Blair Willow Pangalila pada Mac 2021 yang lalu. Ketika kelahiran, Blair, dunia sedang berhadapan dengan Covid-19 namun pihak hospital berkenaan mengikuti prosedur dan protokol covid di sepanjang keberadaan mereka di sana dengan baik.

 

 

 

Share
Published by
Rosmah Idayu