Hiburan

Timang Anak Ketiga, Kelahiran Mohamed Fahad Tambah Seri Rumah Tangga Erin Malek & Suami!

Tahniah Erin Malek dan suami atas kelahiran cahaya mata terbaharu mereka baru-baru ini. Pastinya kehadiran anak ketiga berkenaan menambah seri rumah tangga pasangan romantis tersebut. Difahamkan Erin selamat melahirkan bayi lelaki comel pada tanggal 11 November lepas.

Berkongsi momen istimewa menyambut kelahiran bayi tersebut, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek memuat naik gambar memaparkan wajah sisi anak ketiga.

Bagaimana pun dia dan suami belum bersedia mendedahkan wajah penuh buah hati terbaharu itu kepada umum.

Dalam pada itu, Erin turut menzahirkan rasa syukur dengan anugerah rezeki terindah ini.

“11/11/2024. Syukur alhamdulillah, our boy is here. Mohamed Fahad bin Mohamed Farriz, born on November 11th.”

Pada 15 Julai lepas, Erin Malek menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 dan ketika itu jelas kelihatan baby bump bintang filem Tentang Bulan berkenaan.

Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy yang merupakan pelumba kereta dan anak usahawan empayar MOFAZ pada 10 Oktober 2014. Memilih berkahwin pada usia muda, pasangan ini bagaimanapun berjaya membuktikan kematangan diri dalam melayari alam perkahwinan.

Artikel https://www.nona.my/terserlah-baby-bump-foto-erin-malek-rai-birthday-ke-30-dibanjiri-ucapan-tahniah-peminat/

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.

 

 

 

 

 

Share
Published by
Suzi