Semua orang boleh bersukan dan menjadi ahli sukan tetapi tidak ramai atlet yang mmepunyai semangat kesukanan yang tinggi. Tindakan pesilat negara, Siti Shazwana Ajak yang melindungi sambil menutup rambut pihak lawan dari Indonesia wajar dipuji.
Siti Shazwana Ajak yang memenangi pingat perak dari sukan silat di Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam itu telah menunjukkan contoh terbaik.
Tindakan pantas atlet silat negara menutup rambut pihak lawan dari Inodonesia, Selly Andriani yang tercabut tudungnya ketika sedang beraksi di gelanggang silat telah mencipta momen yang tersendiri.
@_alice_harun_shim Pesilat Malaysia 🟦 (Shazwana) tolong cover rambut pesilat Indonesia 🟥 (Selly Andriani) disebabkan tudung Selly tertanggal. 👏🏻 👏🏻 👏🏻 #seagamesvietnam #pencaksilatindonesia ♬ original sound – ✝️_Alice_Harun_✝️
Pesilat negara itu kelihatan bergegas bangun melindungi kepala atlet Indonesia tersebut dan membolehkan pihak lawan membetulkan semula tudung yang dipakai ketika sedang mengumpul mata kemenangan masing-masing.
Siti Shazwana bukan sahaja mendapat pujian daripada peminat sukan Malaysia malah turut dihujani pujian daripada pencinta sukan dari negara seberang itu. Semoga semangat kesukanan yang tinggi daripada atlet sukan silat ini terus dicontohi dan diikuti oleh atlet yang lain.
Apa Yang Kita Semua Perlu Tahu Bila PARLIMEN DIBUBARKAN? Ramai Orang Tak Tahu Pasal Nie
Biarpun negara sudah melaksanakan Pilihan Raya Umum sebanyak 13 kali sejak 1959, namun masih ada segelintir pihak tidak faham apa yang berlaku sebaik Parlimen dibubarkan.
S: Apa yang berlaku kepada kerajaan sekarang?
Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang dipanggil sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’.
S: Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjalankan tugas sebagai PM?
Ya. Beliau masih memimpin kerajaan sementara dengan kuasa-kuasa sementara.
Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, jadual kuasa yang ada pada kerajaan sekarang adalah kuasa-kuasa menjalankan tugas secara interim.
S: Betul ke? Tetapi tiada perincian mengenai kerajaan sementara…
Betul. Ini adalah amalan konvensyen di negara yang mengamalkan sistem Westminster, iaitu seperti Parlimen dan Dun di negara kita.
Amalan konvensyen perlu dirujuk kerana tiada peruntukan khusus tentang kerajaan yang mentadbir semasa pembubaran sehinggalah terbentuknya sebuah kerajaan baharu.
S: Adakah Datuk Seri Najib sebagai PM sementara akan umum tarikh pilihan raya?
Tidak. Itu tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. SPR ialah badan yang ditugaskan untuk mengendalikan proses pilihan raya, selepas menerima notis pemberitahuan tentang Parlimen dan Dun.
S: Apakah skop kuasa sebagai kerajaan sementara?
Kerajaan sedia ada meneruskan tugas sebagai kerajaan tetapi tidak boleh mengumumkan inisiatif baharu, membuat keputusan dasar atau belanjawan baharu.
S: Dalam tempoh ini, bagaimana pula dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong?
Walaupun Parlimen dibubarkan, Yang di-Pertuan Agong ada kuasa pentadbiran biasa termasuk kuasa-kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan.
Dalam keadaan ini, jemaah menteri sebagai kabinet sementara terus berfungsi sebagai pemegang amanah kepada kuasa pentadbiran.
Pendakwa raya pada tahun 2001 telah menggariskan bahawa kerajaan sementara adalah sentiasa wujud di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan.
Untuk situasi yang mendesak, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, boleh mengisytiharkan darurat jika negara atau mana-mana kawasan berdepan situasi luar jangka seperti isu keselamatan, sabotaj ekonomi atau keadaan ketenteraman awam.
S: Jadi, bila kita akan tahu hari penamaan calon dan hari mengundi?
Sekarang ini, kita perlu tunggu SPR mengadakan mesyuarat dan kemudian barulah kita sebagai pengundi tahu tarikh bila kita perlu berbaris di pusat pengundian yang ditetapkan.
S: Berapa lama diperlukan untuk kita menantikan hari pengundian?
Menurut Artikel 55(4) Perlembagaan Persekutuan, satu Pilihan Raya Umum wajib dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran dan sidang Parlimen yang seterusnya wajib dilaksanakan dalam tempoh 120 hari dari tarikh pembubaran Parlimen tersebut.
Berdasarkan kepada pengalaman dua pilihan raya yang lalu, ia akan berlangsung dalam tempoh sebulan selepas pembubaran parlimen.
Sumber: Astro Awani
Rahsia JIHAN MUSE Memperoleh Keperluan Nutrisi Penuh Untuk Diri & Bayi!
Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandung, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain yang berfungsi. Semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu.
Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan yang disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar.
Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminit walaupun semasa berehat. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan. Kadar pernafasan ibu turut meningkat.
Menyedari bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan semasa kehamilan.
Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari dan Probiotik DR10, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik.
Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada. Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.
Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Raja Farah & Suami Pilih Nama ‘Ilana’ Untuk Anak Keempat!
Bertambah lagi seorang penyeri rumah tangga selebriti wanita ini. 9 Jun lepas, pelakon dan pengacara Raja Farah selamat melahirkan bayi perempuan dan pilih nama Ilana untuk anak keempat ini. Alhamdulillah, kini ibu dan anak berada dalam keadaan baik dan teruja dengan kehadiran cahaya mata baharu berkenaan.
Berkongsi perkembangan terkini di media sosial, bintang filem Haq ini turut berkesempatan memuat naik video memaparkan dirinya sebelum dan selepas kelahiran anak keempat.
Menerusi rakaman video itu, kelihatan wajah tenang Raja Farah sewaktu mengalami kontraksi.
Isteri jelita Iskandar Ismail ini dilaporkan selamat bersalin pada 9 Jun lalu di sebuah hospital swasta.
Ujarnya, “Syukur alhamdulillah. Saya selamat melahirkan baby girl 9 Jun 2024, 1.05 petang, normal delivery.
Syukur Ya Allah. Keluarga kami dah berenam sekarang. Doakan urusan saya berpantang dipermudah.”
Genap seminggu selepas kelahiran, ibu berusia 35 tahun ini mengumumkan nama bayi perempuan tersebut. Raja Farah dalam pada itu memaklumkan memilih nama Ilana untuk anak keempat.
“Alhamdulillah. Hari ni genap tujuh hari usia baby. InshaAllah kami menamakan zuriat keempat kami ini ‘ILANA BINTI ISKANDAR’.
Doakan Ilana menjadi anak yang solehah dan segala doa yang baik-baik untuk Ilana. InshaAllah. Aamiin Ya Rab. Terima kasih semua.”
Nama Raja Farah mula dikenali peminat seni tanah air sekitar awal tahun 2000. Sepanjang bergelar anak seni, dia berjaya membintangi banyak drama dan filem.
Antara lakonan hebat Raja Farah termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal dan Salon.
Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin.
Raja Farah mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Imran, Ilham dan Intan.
Wajah cantiknya menghiasi iklan komersial TV, Beras Floral ketika dia baru menginjak usia remaja. Selain berlakon, Raja Farah juga pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.