Diam tak diam, Datin Seri Zizie Izette tengah menghitung hari nak sambut kelahiran bayi perempuan tak lama lagi. Rasanya macam baru je semalam dapat tahu dia tengah hamil anak kedua. Tup tup dah nak bersalin dah. Cepat betul masa berlalu.
Berkongsi berita kehamilan keduanya pada Ogos tahun lalu, Datin Seri Zizie waktu itu baru lima bulan melahirkan anak kembar lelaki iaitu Aadam Zac dan Aaleph Zeke.
“Going to be 34 weeks pregnant in 3 days tim
e. Kalau nak ikutkan time Aadam dan Aaleph, minggu depan I dah bersalin. I gave birth to my boys at 34 weeks 5 days. (Premature babies)Alhamdulillah, pregnant kali ni terasa lebih senang berbanding dengan dulu. Mungkin sebab kali ni single baby. InshaAllah, sebulan je lagi nak jumpa baby girl. Tapi bila fikir nak kena inject epidural kat tulang belakang dan perut nak kena belah lagi tiba-tiba jadi takut pulak.”
Walau sedang sarat mengandung, tapi Datin Seri Zizie Izette sangat aktif. Ketika menikmati pemandangan di Madrid, Sepanyol baru-baru ini… dia dan tiga anak kecilnya sanggup berjalan kaki lebih daripada 15 kilometer semata-mata untuk meneroka keindahan kota tersebut. Fuh, memang power! Mesti mudah bersalin nanti.
Sering dilihat bercuti bersama anak kecil tanpa kelibat suami Datuk Seri Bung Moktar Radin di sisi, namun itu tidak menjadi masalah bagi Datin Seri Zizie kerana selain mempunyai dua pembantu, pasangan suami isteri ini juga cukup memahami di antara satu sama lain.
Akui kakak kepada Shaheizy Sam ini lagi, suaminya bukan seorang yang suka berjalan dan kurang gemar tempat sejuk. Berbeza pula dengan dirinya dan anak-anak yang suka meneroka tempat-tempat pelancongan.
Datin Seri Zizie Izette mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar pada tahun 2009. Selain dikurniakan sepasang anak kembar, mereka juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn.
Satu lagi perkara menarik tentang Datin Seri Zizie ialah gaya fesyennya ketika bercuti. Bukan dirinya saja yang nampak cantik… anak-anak pun tak kurang hebatnya. Kalau si ibu pakai warna merah, anak-anak pun akan menggayakan tema warna yang sama dan begitu juga sebaliknya. Sweet
sangat!Apa-apa pun, Nona harap agar kandungan Datin Seri Zizie sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan bersalin kelak. Tak sabar nak tatap muka bayi perempuan selebriti berkulit gebu ni.
Kredit: Instagram Zizie Izette
This website uses cookies.