Wajah cantik selebriti yang popular melalui drama Jangan Benci Cintaku ini sering mencuri perhatian peminat drama Melayu tempatan. Kebahagiaan jelas terpancar di wajah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sejak bergelar ibu kepada dua orang anak dan isteri kepada Dato’ Aliff Firdaus Abdul Hadim.

Ads
Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Sikap Datin Niena yang mengutamakan keluarga tercinta harus dipuji apabila memilih untuk berehat seketika dalam dunia seni untuk membesarkan anak-anak. Wanita yang mempunyai nama sebenar, Amaniena Kamarul Baharun ini juga tidak segan silu bercerita tinggal sebumbung dengan mentua. Malah rasa beruntung bila mentua melayannya umpama anak sendiri.

Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama 
Foto: Koleksi Majalah Nona

“Tidak dinafikan, mungkin ada segelintir orang tak ‘ngam’ dengan mentua bila tinggal sebumbung. Kadang-kadang topik ini selalu jadi perbualan bersama kawan-kawan saya. Kita kena pandai bawa diri bila masuk ke rumah orang.

Sebagai contoh, kita ahli baru dan jadi menantu keluarga tersebut. Jadi, kita kena tahu ambil hati mentua dan sesuaikan diri dalam rumah tersebut. Itulah yang saya buat selepas berkahwin. Saya juga tak pernah membezakan ibu mentua atau ibu kandung.

Penerimaan mentua terhadap saya juga amat baik. Mereka anggap saya seperti anak sendiri,” kata Datin Niena sewaktu ditemu bual untuk ruangan Tetamu VIP Majalah Nona.

Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Berbicara soal kecantikan pula, ibu kepada Adiel Mikael, 3 tahun dan Alyssa Marissa, 2 tahun ini seorang yang simple rupanya. “Sejujurnya bila sentuh soal kecantikan saya kadangkala tak tahu nak jawab apa. Saya tidak mempunyai rutin kecantikan yang rumit.

Ads
Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama 
Foto: Koleksi Majalah Nona

Apa yang boleh dikatakan, saya seorang yang sangat ringkas. Seperti biasa jika pakai mekap, saya akan cuci terlebih dahulu sebelum tidur. Itu saja. Saya tidak amalkan rutin yang memerlukan banyak step atau langkah. Begitu juga ketika saya mengandung. Cuma dari segi makanan, saya banyakkan minum susu,” kata wanita yang berusia 28 tahun ini.

Ads
Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama 
Foto: Instagram @nienabaharun.nb
Tinggal Sebumbung Dengan Mentua, 3 Tip Datin Niena Baharun Agar Selesa Hidup Bersama 
Foto: Instagram @nienabaharun.nb

Datin Niena telah berkahwin dengan suaminya, Dato’ Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI