Tinggalkan Nota Atas Meja, Mesej DATUK SERI NAJIB Buat Keluarga Undang Sebak Masyarakat!

Semalam, pastinya menjadi detik memeritkan buat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya.

Pelbagai reaksi timbul rentetan kes tersebut dan sudah tentu ahli keluarga Datuk Seri Najib antara yang paling terkesan dengan keputusan mahkamah berkenaan. Sebaik keputusan diumumkan, bekas pemimpin itu dibawa terus ke Penjara Kajang dari Istana Kehakiman di Putrajaya.

Dan hari ini, satu coretan Datuk Seri Najib dikongsikan di media sosial miliknya. Difahamkan ia ialah mesej yang ditinggalkan di atas meja miliknya khas buat keluarga tersayang.

Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ribuan komen dan hampir 100 ribu tanda suka.

Credit Instagram @najib_razak
Credit Instagram @najib_razak

“Keluargaku, anak cucuku. My family. My love. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Ke hari ini, 46 tahun lamanya. 46 years is a long time.

Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.

Merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis.

Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.

Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar. Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.

Credit Instagram @najib_razak
Credit Instagram @najib_razak

Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.

My years have gone by dedicated to people, public service, politics. A sacrifice I chose and I made. A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.

Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy. My family. My love.

Credit Instagram @najib_razak
Credit Instagram @najib_razak
Credit Instagram @najib_razak

Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT. Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.

Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.

Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.”

Semoga keluarga Datuk Seri Najib mendapat kekuatan dan tabah menghadapi ujian hidup.

Share
Published by
Suzi