MashaAllah, cantik dan manisnya Zizi Kirana bertudung! Mesti ramai lelaki ‘cair’ dan jatuh hati tengok penampilan sopan anak jati Sabah ini. Tidak kurang juga peminat perempuan yang kebanyakannya memuji wajah ayu Zizi tatkala mengenakan tudung. Serius, nampak lain dan sejuk mata memandang. Mungkin sudah tiba masanya penyanyi bersuara serak basah ini mengekalkan imej demikian.
Yang pasti, perubahan Zizi dibuat atas kehendaknya sendiri yang mahu tampil dengan imej bertudung sepanjang 30 hari berpuasa. Semuanya gara-gara tertarik dengan cabaran #RamadanHijabChallenge saranan isteri penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina. Meskipun sering tampil dengan imej seksi sebelum ini, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil menganggap cabaran yang dimulakan bekas penyanyi Mizz Nina itu mampu memberi kesan positif.
Sudah pun mula memakai tudung sejak 1 Ramadan, Zizi yang pernah menjadi guru mengaji Al-Quran dan menjuarai program Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Sabah bagaimana pun enggan memuat naik perkara tersebut di media sosial.
Bakat nyanyian Zizi Kirana mula dikenali ramai sejak dia menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 7. Dia kemudian pernah bergelar anggota kumpulan The Fabulous Cats dan Nukilan Qarma Musiq sebelum kembali bergerak solo. Selain aktif dalam industri muzik tanah air, anak sulung daripada 6 beradik ini juga berbakat dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi drama, filem dan teater… lakonan mantap Zizi menyerlah ketika melakonkan watak dalam Cuti-Cuti Cinta, Hantu Bonceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, La So Fa The Musical 1 & 2, Cinta Kapcai dan Pian Kena Balik Raya.
Moga usaha Zizi mendekati kebaikan turut menjadi inspirasi kepada semua wanita dan istiqamah untuk menjadi insan yang lebih baik kelak.
Foto: Instagram Zizi Kirana
This website uses cookies.