Tinggi Lampai Atlet Cantik Kazakhstan Ini, Dah Jadi Ibu Tetap ‘Gorgeous’ & Jadi Perhatian!

Cantik betul atlet kelahiran Kazakhstan, Sabina Altynbekova! Bersandarkan susuk tubuh langsing dan berketinggian enam kaki, rambut hitam penjang mengurai, hidung mancung serta bibir mungil, tidak hairanlah atlet bola tampar ini menjadi perhatian ramai peminat sukan.

Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki malah golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina. Kejelitaannya mula disedari ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan.

Dia meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun.

Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat julukan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.

Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20

Namun, segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar.

Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 26 tahun ini. Malah, dia juga menerima kritikan kerana dikatakan terlalu cantik untuk bermain bola tampar.

Pada 25 Disember 2020, berita perkahwinan Sabina bertebaran di media sosial. Menguatkan lagi khabar tersebut apabila Sabina sendiri memuat naik gambarnya di samping seorang lelaki sambil memakai selendang.

Sekali gus memberi gambaran jelas bahawa dia sudah bergelar isteri.

Kongsinya, “Finishing this year as the wife of the best man.” Selain gambar berkenaan, hashtag Sabina juga mencuri tumpuan apabila menggunakan #mashaallah, #alhamdulillah dan #nikah.

Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20

Memetik laporan media antarabangsa, jejaka yang berjaya menambat hati jelitawan ini ialah Sayat Salmanuly. Lelaki yang berasal dari Kazakhstan ini juga dikatakan lapan tahun lebih berusia daripada Sabina.

Hampir setahun berkahwin, Sabina mengejutkan peminat apabila memuat naik gambar bayi yang merupakan anak sulungnya.

“5.10.2021 I’ve never waited for any man as much as you, my son. Welcome to the family full of love and care.”

Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20
Kredit Instagram @altynbekova_20

Video Sabina bersama anak. 

Sehingga kini Sabina dan suami belum mendedahkan wajah anak mereka kepada umum. Sepanjang kehamilan juga Sabina jarang berkongsi gambar ketika berbadan dua.

Paling mencuri perhatian ialah biarpun baru beberapa bulan bersalin, Sabina berjaya mengekalkan tubuh ramping.

Baru-baru ini, pasangan sama cantik sama padan berkenaan menikmati percutian di Maldives dan Sabina berkongsi video memaparkan dia sedang memimpin anak tersayang.

Tercetusnya fenomena disebabkan wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar, dia meraih populariti luar biasa dan memiliki lebih sejuta followers di Instagram.

Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati.

Sabina dalam pada itu melancarkan jenama pakaian sukan miliknya iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/jadi-jutawan-umur-18-emma-raducanu-atlet-tenis-termuda-pelajar-pintar-romania-china/

Share
Published by
Suzi