Dipetik dari Nona on Air baru-baru ini, NONA kongsikan nasihat dari usahawan yang berasal dari Terengganu yang juga Pengasas Inai Republic, Syarifah Furaiha, tip atau formula bagaimana menghadapi inflasi atau krisis ekonomi yang dikatakan mungkin akan berlaku.
“Janganlah tambah komitmen pada masa sekarang. Ini bukan masa yang terbaik sebenarnya. Duit yang ada tu tukarkan kepada emas. Lepas tu ambil apa saja peluang perniagaan yang ada, buat. Kalau nak dapat sesuatu yang tak pernah kita dapat, kita buat perkara yang kita tak pernah buat.
“Jadi dalam masa yang sekarang ni just bertenang dulu kemudian cari penyelesaian apa yang anda ada. Urus kewangan anda sebaiknya. Kalau dulu hari-hari beli di luar atau makan sana makan sini, kena urus benda tu sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku dalam tempoh 3-6 bulan akan datang.
“Mungkin kita ada duit bagi orang-orang yang ada duit. Tapi mungkin duit dah tak ada nilai sebab inflasi. Dengar-dengar akan berlaku inflasi tak lama lagi. So
tu dah berdebar. Kalau yang ada duit tu pergi beli emas. Yang tak ada duit start buat duit.”JANGAN DUDUK FOKUS MASALAH SAJA TANPA USAHA
“Sebab tiada siapa pun yang akan bantu. Duduk di situ sajalah fokus masalah, tak buat apa-apa. Tiada apa yang berubah dalam hidup. Masalah bertambah besar.
PEKA BERITA SEMASA
“Paling penting sentiasa peka dengan berita-berita dan info semasa apa yang berlaku dalam dunia sekarang.”
Seterusnya, Syarifah Furaiha turut berpesan hadapilah setiap ujian dengan tenang kerana segalanya akan menjadi lebih baik jika kita berusaha mencari penyelesaiannya.
Isu kenaikan harga barang bukan mudah untuk ditangani namun yang penting kerajaan perlu bersungguh-sungguh mencari penyelesaian terbaik bagi meredakan kadar inflasi di negara ini.
Kredit Foto: IG Syarifah Furaiha
This website uses cookies.