Tip Penjagaan Rambut Ketika Berada Di Rumah, Gerenti Lebih Sihat Bersinar!

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada hari ini, pasti ramai yang mempunyai banyak masa di rumah. Selain menghabiskan masa bersama keluarga tercinta, mencantikkan diri d rumah juga menjasi salah satu aktiviti wanita saat berada di rumah.
Antaranya ia dari segi penjagaan rambut.

Masa inilah waktu yang sesuai untuk memanjakan diri dan menjaga kesihatan rambut. Nanti, bila masuk semula ke pejabat, semestinya keyakinan diri lebih yakin dengan rambut yang sihat dan bersinar. Jom Nona kongsikan tip penjagaan rambut yang gerenti mudah!

LIDAH BUAYA

Daun lidah buaya mengandungi zat yang mampu merangsang pertumbuhan rambut sehingga rambut akan menjadi lebat dan sihat. Cara menggunakannya adalah dengan membelah daun lidah buaya tersebut dan oleskan lendirnya ke seluruh bahagian rambut hingga rata. Kemudian tutupkan dengan kain selama 30 minit. Kemudian bilas.

DAUN WARU

Daun waru dapat menjadikan rambut anda lebih hitam dan bersinar. Caranya adalah dengan menumbuk sejumlah daun waru sehingga mengeluarkan lendir. Pisahkan antara lendir dan daun waru yang sudah hancur dengan cara menyaringnya. Tempatkan lendir daun waru ke dalam bekas dan kemudiannya embunkan selama 24 jam. Setelah itu, anda boleh menggunakannya dengan cara mengoles lendir tersebut ke seluruh bahagian rambut.

MINYAK KEMIRI

Minyak kemiri boleh didapati di toko jamu atau boleh dibuat sendiri. Cara membuatnya adalah dengan menumbuk kemiri hingga halus kemudian campurkan dengan air. Sangai campuran tadi hingga mengeluarkan minyak. Oleskan minyak kemiri ke rambut sehingga rata dan biarkan beberapa minit.

SAYANGI RAMBUT ANDA

Jangan menggosok rambut dengan terlalu kasar kerana bakal merosakkan sel-sel didalamnya yang akan menyebabkan keguguran. Sebaiknya, keringkan rambut dengan cara mengangin-anginkan hingga kering atau menggunakan pengering rambut elektronok secara perlahan dan lembut.

MAKANAN SUMBER PROTEIN

Anda juga harus mengambil makanan yang kaya dengan protein. Kandungan protein akan menjadikan rambut lebih halus dan bersinar. Contoh makanan yang kaya dengan protein ialah telur, kacang, ubi dan lain-lain.

HINDARI SINARAN MATAHARI

Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga perlu menghindari dari sinaran cahaya matahari yang terlalu kuat. Sinaran matahari pada waktu tertentu yang terlalu terik boleh membuatkan rambut anda menjadi kering dan kusam. Sebaiknya, pakailah pelindung seperti topi ketika cuaca panas terik.

TAHUKAH ANDA?

Untuk mengatasi masalah rambut bercabang adalah dengan mengurangkan kekerapan anda memberus rambut, mengurangkan penggunaan haba panas ke atas rambut, menggunakan perapi secara kerap dan melindungi rambut daripada suhu yang terlalu panas atau dingin.

Share
Published by
Fadhli Ismail