Pandang kiri, pandang kanan masing-masing sibuk dengan handphone di tangan. Kalau tak berchatting di Whatsapp, tentunya sedang kusyuk ambil gambar dan berselfie. Bila dah berselfie, tak cukup sekali pula tu sebab angle kurang menarik dan wajah pula nampak tak cantik.
Tips 2 minit ini mungkin boleh membantu anda tampil lebih yakin dalam media sosial. Muat turun sahaja aplikasi filter yang pelbagai, baik untuk Iphone mahupun Android. Zaman sekarang, apps adalah segala-galanya. Dari barangan dapur, haiwan peliharaan, penghantaran makanan dan lebih-lebih lagi untuk kecantikan.
FaceTune
Kuasa untuk menghilangkan kesan kedutan, memutihkan gigi, menutup spot botak pada kepala serta menghilangkan jerawat yang sedang bermaharajalela hanya dengan FaceTune. Malah ia juga mampu menampakkan raut wajah yang lebih runcing, badan lebih ramping dan kelihatan lebih tinggi.
Beauty Editor – Face changer
Aplikasi ini menjanjikan wajah bebas jerawat, kedutan serta menegangkan kawasan mata dan memutihkan gigi. Macam iklan dalam tv tu!
Golden Beauty Meter
Bersedialah untuk wajah anda dihakimi. Aplikasi ini akan mula scan wajah anda dan markah akan diberikan. Lepas tu, bolehlah anda muat naik gambar di media sosial.
BeautyPlus
BeautyPlus akan menghilangkan acne, menjadikan anda kelihatan lebih tinggi dan langsing serta menjadikan mata lebih cerah berbanding aplikasi kecantikan lain. Nak cerahkan kulit pun boleh!
moreBeaute2
Siapa yang mampu melakukan botoks dan melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik dalam dua minit? Tentulah moreBeaute2! Tetapi hanya aplikasi saja ya.
CreamCam
Nak cantik macam model majalah? Muat turun aplikasi CreamCam untuk tampak cerah dan mulus.
YouCam Perfect
Aplikasi YouCam Perfect boleh menghilangkan cela wajah, membentuk hidung dan wajah, menjadikan anda lebih tinggi dan apa sahaja agar foto anda cun melecun!
Perfect 365
Inilah aplikasi “one-tap makeover solution” untuk anda si ratu selfie. Kompleksi wajah anda menjadi lebih cantik hanya dengan sentuhan kreatif yang penuh angan-angan sehingga ada rakan anda sendiri tidak mengenali. Magik kan!