Sebagaimana yang kita sedia maklum, suami kepada selebriti Ramona Zamzam adalah adalah lelaki warga Palestin. Finalis Dewi Remaja ini baharu saja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-6 pada 1 Mei lalu. Isteri kepada Rami Alashkar ini juga sering menggunakan tanda pagar #MyPalestinianBoy yang merujuk kepada suaminya.
Menelusuri perasaan wanita yang mempunyai nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini sebagai isteri warga Palestin sedikit sebanyak menyuntik inspirasi. “Sedih with the whole issue yang tak penah habis, sedih anak-anak hilang keluarga, sedih that these people are still going through war even though its already 2021.
But I got my strength
daripada my husband and his family. They talked to each other tapi mereka sangat kuat. Kalau tengok saya menangis suami siap cakap jangan menangis, have faith. Going through all that with him and his family made me realized how strong they have become,” tutur Ramona saat dihubungi.Menurut Ramona, sepanjang perkahwinannya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke bumi Palestin. “Saya tak pernah lagi ke sana. Suami dan semua ahli keluarganya tak pernah balik ke Palestin lagi dah. Since tanah mereka dah diambil, keluarga suami keluar dari Palestin and they have been moving to so many countries.
Suami saya pernah membesar di Greece, Qatar, Libya, Bulgaria, Yemen, China dan Malaysia. His last stop sangkut kat Malaysia sebab he met me then kami bercinta, berkahwin and have a family now,” terang Ramona sambil tersenyum.
AKTIVITI SENI
Rezeki Ramona juga sekarang mencurah-curah dan kini begitu sibuk dengan jadual seninya. “Saya syukur sangat walaupun situasi semasa terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 tapi saya masih dapat tawaran kerja.
Tapi banyak shooting terganggu sebenarnya, first
2 MCO, saya shoot drama, kemudian halfway kena pause sebab PKP, lepas beberapa bulan baru sambung balik. Ia agak mengganggu dari segi kacau momentum kerja dan kacau mood nak masuk karektor.Besides that, saya banyak work from home by doing a lot of hosting untuk beauty brand live streams, dah set up studio sendiri kat rumah (sambil ketawa) but ok la, I enjoyed it, banyak benda saya dapat belajar. So far so good alhamdulillah,” kongsi Ramona.
HARI RAYA
Bercerita tentang sambutan Syawal baru-baru ini, “Saya faham everyone is stressed with COVID-19, stres tak dapat jumpa famili, same here. Saya pun rasa benda yang sama but there’s no point nak stres lebih-lebih. Sambut lah raya, bersiap sikit, tangkap gambar sikit-sikit, enjoy family time and that’s it. Ramona tak nak stres fikir lebih-lebih, so I just enjoyed my time as much as I can.
Secretly, I’m thankful for raya, walaupun tak meriah but I get to use those times untuk rehat. Saya asyik shooting non stop
, drama, telemovie, I’ve been hosting as well, pergi rancangan yang jemput jadi artis jemputan and a few more. Time raya dapat lah rehat seminggu macam tu, rasa lega sangat tak payah shooting tak perlu fikir kerja so I used that time untuk spend time dengan famili as much as I can,” ujar ibu kepada Ivanna Alashkar ini.Bercerita tentang perkembangan seninya, “Projek terbaharu, Ibu Belum Mati baharu saja ditayangkan di Astro Citra seminggu lalu. Drama seterusnya yang akan disiarkan di Mega Drama Astro Ria ialah Love Elsa. Saya juga tengah tunggu masa nak masuk set baru untuk drama 28 episod yang bertajuk,” ujar Ramona mengakhiri perbualan.
This website uses cookies.