Bila menatap wajah aktres jelita, Kate Winslet ini pasti terimbau lakonannya sebagai Rose dalam filem epik popular era 90an, Titanic. Kini aktres senior dengan nama sebenarnya, Kate Elizabeth Winslet masih lagi ligat di pentas lakonan antaranya membintangi filem Avatar 2 dan The French Dispatch.
SIHAT CARA KATE WINSLET
Menjadi vegetarian dan mengamalkan green juice atau smoothie yang diperbuat daripada buah-buahan atau sayuran hijau seperti bayam, kale dan timun. Selain itu apa jua makanan yang diambil, Kate Winslet akan pastikan ianya berasaskan sayuran sebagai salah satu cara untuk detoks.
Menjaga kesihatan dirinya dengan melakukan aktiviti berlari secara rutin agar kulit kekal sihat.
Untuk kekal langsing Kate Winslet mengikuti kelas tarian dan pilates secara rutin. Dia turut menasihatkan golongan wanita agar mencintai tubuh masing-masing walau bagaimana pun keadaannya.
Seterusnya, Kate Winslet sentiasa menjaga kualiti tidur agar penampilan dirinya sentiasa segar dan cergas terutama ketika berada di khalayak ramai.
Tidak menggunakan terlalu banyak produk berasaskan bahan kimia khususnya pada kulit. Apatah lagi, Kate Winslet mengamalkan air putih sebagai medium penjagaan utama untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
Untuk solekan pula, Kate Winslet lebih selesa tampil dengan solekan yang sederhana dan natural. Percaya atau tidak, Kate Winslet hanya memerlukan masa kira-kira lima minit saja untuk berdandan!
Tak ketinggalan, Kate Winslet juga mementingkan penjagaan rambut. Cara yang diamalkan mudah saja. Rambut tak akan disikat ketika masih basah. Agar rambut tak mudah kusut pula Kate Winslet akan menyikatnya dua kali sehari. Agar rambut tumbuh sihat, Kate Winslet akan pastikan hujung rambutnya di trim
setiap 3 bulan sekali.
Selain mengamalkan rutin penjagaan yang teratur, Kate Winslet juga seorang yang terbuka dengan proses penuaan. Baginya ia satu proses semula jadi yang semua orang akan alami.
Kredit: Instagram @kate.winslet.official
This website uses cookies.