Jerawat umpama ‘musuh tradisi’ terutama bagi wanita. Kemunculan jerawat sering membuatkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Parut jerawat pula boleh meninggalkan kesan hitam dan tekstur kasar pada kulit.
Ads
Selebriti Hollywood tidak terkecuali. Mereka juga mengalami masalah jerawat. Biarpun tidak boleh hilang begitu sahaja, cara selebriti-selebriti ini boleh dijadikan panduan.
KENDALL JENNER
Kendall Jenner sendiri mempunyai cara untuk menangani masalah jerawat dan mengekalkan kesihatan kulit wajahnya setiap hari. Kaedahnya sangat mudah dan semula jadi.
Kendall kerap melakukan senaman ringan, makan makanan yang sihat, mengelakkan gula-gula, dan minum banyak air. Bagi Kendall, untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cerah adalah dengan minum banyak air.
VICTORIA BECHKAM
Victoria Beckham percaya, untuk memiliki kulit yang cantik adalah menyuburkannya dari dalam. Selebriti dan model terkenal ini mengamalkan makan salmon setiap hari. Hasilnya, kulit tidak mengalami masalah jerawat yang serius.
Ads
Victoria memulakan tabiat sihat ini selepas berjumpa dengan pakar dermatologi, Dr Harold Lancer yang turut menguruskan keluarga Kardashian. Salmon kaya dengan asid lemak omega-3, yang dapat membantu menyuburkan kulit, membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan.
MILEY CYRUS
Penyanyi ‘Wrecking Ball’ ini memilih makanan organik untuk kesihatan dan kebersihan wajahnya.
Bukan itu sahaja, Miley juga mengambil ubat daripada doktor bagi menghilangkan jerawat di mukanya.
Ads
NATALIE PORTMAN
Sejak menjadi vegan, Natalie mengakui kulit wajahnya tidak pernah berjerawat. Jika anda ingin mencubanya, lakukan perlahan-lahan.
Bila sudah terbiasa, anda boleh ke peringkat seterusnya iaitu menjadi vegetarian. Kemudian menjadi vegan seperti Natalie Portman.
Kredit Foto: Instagram Ru
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuasa solekan bukan untuk mengubah wajah tetapi adalah untuk memperindah wajah. Sebenarnya solekan berfungsi sebagai pembentukan wajah. Setiap bentuk wajah yang berbeza memerlukan teknik pembentukan wajah tertentu bagi menutupi setiap kekurangan.
Garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir perlu disentuh untuk mendapatkan bentuk wajah yang diingini. Namun, teknik tertentu perlu dipelajari dan warna juga memainkan peranan dalam memperindah wajah seseorang.
Trik Untuk Dicuba
Wajah yang bersolek tetapi nampak seperti tidak bersolek adalah gaya solekan yang menjadi trend kini. Tampil asli dan semula jadi. Bagi gaya solekan begini guna span bedak asas yang dilembapkan dengan sedikit air.
Tekan hujung span dengan bedak asas mengikut tona kulit dan tekap di wajah yang sudah dibersihkan. Jangan menyapu bedak asas di wajah kerana solekan tampak tidak sempurna.
Bagi pembentukan wajah boleh memilih bedak asas yang sedikit gelap dan sapu di bahagian yang mahu ditonjolkan seperti garis-garis pada alis, mata, hidung dan bibir. Kemudian sapu bedak debu dengan berus khusus agar solekan tampil sempurna dan sekata.
Solekan mata adalah perkara utama dalam solekan. Mata boleh berubah bentuk hanya dengan kuasa solekan. Bagi mendapat efek mata yang lebih besar boleh mencuba pengalit mata selain daripada rona hitam. Pilihan rona seperti hijau, biru atau coklat memberikan efek mata yang berbeza.
Pakai pembayang mata yang berona terang di bahagian tulang kening untuk memberi kesan mata yang lebih galak. Jangan lupa pakai penyamar noda di bawah mata untuk menyembunyikan lingkaran hitam bawah mata.
Solekan kening juga penting dalam memperindah wajah seseorang. Teknik yang betul untuk melukis kening tanpa mencukur adalah rapi kening menggunakan berus terlebih dahulu.
Kemudian lukis kening menggunakan pensel kening mengikut bentuk yang sesuai dengan wajah. Tebal atau nipis boleh mengikut keinginan masing-masing. Kemudian boleh letak gam di bahagian bawah kening yang tebal dan biarkan seketika. Sapu bedak asas di bahagian yang digam tadi berhati-hati. Akhir sekali berus kening dengan menggunakan maskara kening. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita adalah insan yang cukup istimewa.Maka sebab itulah wanita perlu bijak menghargai diri sendiri. Selain menjaga kecantikan luaran untuk tampil sempurna, aspek kesihatan diri jangan sesekali dilupakan. Tidak hanya penjagaan kecantikan wajah sahaja yang harus diberikan perhatian, soal penjagaan organ intim usah dipandang sepi.
Bagi wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Aktiviti hubungan intim bersama pasangan memerlukan tahap penjagaan organ intim dengan lebih teliti. Jika diabaikan nescaya penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan virus, kuman, bakteria ataupun kulat boleh ‘menyerang.’
Di kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir yang keluar daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna kuning dan ada kalanya kehijauan, ia menandakan berlaku jangkitan bakteria, perasit atau virus.
Wanita yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah, runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri.
Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadi ini. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.
Berikut dikongsikan tip dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita
1.Cuci tangan sehingga bersih sebelum mencuci alat kemaluan. 2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih setiap buang air kecil atau besar. 3. Gunakan air bersih untuk mencuci bersama sabun khusus jika perlu. 4.Gunakan seluar dalam yang bersih. 5.Pakai seluar dalam yang selesa dan sebaiknya pilihlah daripada material kain kapas. 6.Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan. 7.Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. 8.Potong atau cukur rerambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria. 9.Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih. 10.Elakkan mengguna seluar dalam orang lain. 11.Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian. 12. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai. Sebaiknya ganti tuala wanita beberapa kali sehari. 13.Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam. 14.Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit. 15.Elakkan daripada menggunakan produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak selesa menjadikan peribadi ibu tersayang sebagai inspirasi terdekat mereka. Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ternyata dia cukup mengagumi peribadi ibu tersayang iaitu Siti Salmah Bachik atau mesra disapa Mak Salmah.
31 Disember lalu genap 71 usia ratu hati Dato’ Sri Siti ini. Menerusi media sosial, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berkenaan memuat naik video yagn memaparkan momen indah dirinya di samping Mak Salmah.
“31 December lahirlah bidadari syurga yang sangat saya sayangi. Selamat Hari Lahir Mak Salmah. Mak wanita hebat, Mak wanita solehah dan selalu menjadi idola Siti, Mak.
Tegas dalam lembut, baik budi pekerti, tinggi adabnya dan pemurah serta sentiasa bersangka baik.
Itulah sikap Mak Salmah. Sentiasa nak senangkan orang lain sebab itu Allah SWT berikan kebaikan kepada Mak.
Semoga Allah SWT beri iman, kesihatan dan rezeki melimpah ruah buat Mak agar Mak dapat buat amal jariah ye Mak. Sayang Mak tiada bandingan.”
Rata-rata peminat penyanyi kesayangan ramai ini turut menitipkan ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan Mak Salmah.
Ada juga di antara mereka yang meluahkan rasa senang terhadap sikap baik ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini yang murah dengan senyuman dan merendah diri.
Tidak hairanlah Dato’ Sri Siti juga memiliki peribadi sebegitu. Mewarisi sikap ibu tersayang rupanya.
Mak Salmah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Tarudin Ismail iaitu seorang pegawai polis. Ketika membesarkan anak-anak, insan hebat ini juga aktif berniaga.
Hasil perkongsian hidup dengan bapa Dato’ Sri Siti, Mak Salmah dikurniakan tujuh orang anak. Tiga daripada adik-beradiknya turut menceburi bidang nyanyian iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah.
Semoga Mak Salmah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak mana yang tidak rasa bangga melihat ibu tersayang meraih pengiktirafan besar dalam bidang akademik. Begitulah yang dirasai pengacara dan penyampai radio popular, Haniff Hamzah apabila menjadi saksi kejayaan ratu hati kesayangan, Rosnah Mohd Zain ...