Tiub Di Leher Dicabut, AINUL Dah Boleh Bernafas Seperti Normal “Inilah Saat Yang Ditunggu”

“Inilah saat yang ditunggu. Pada 24 Feb 23 rupanya Ainul boleh bernafas normal seperti manusia normal tanpa ada benda asing di tekaknya. Alhamdulillah syukur.”

Itu antara cebisan kata-kata ibu kepada Ainul Mardhiah, bayi perempuan penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ sejak lahir.

Kisahnya pernah tular sekitar April 2019. Ainul menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram itu di United Kingdom pada 2019 dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri.

Nurul Erwani Zaidi dan suaminya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi berita gembira di mana tiub pernafasan di leher Ainul yang dipakai sejak lima tahun lalu telah pun dicabut.

Kedua-duanya teruja dan bersyukur saat pertama kali melihat keadaan Ainul tanpa alat tersebut.

Menerusi hantaran di akaun Instagram ibu Ainul, dia berkongsi detik-detik bagaimana Ainul boleh off trachy pada waktu yang tepat.

Ibu Ainul berkongsi gambar dan tangkap layar yang menceritakan bagaimana dia bertemu dengan Prof Dato’ Dr. Abdullah Sani Mohamed.

“Man behind the plans!

“Prof Dato’ Dr. Abdullah Sani Mohamed!

“Beliau yang sebelum ini berkhidmat di HUKM, kini berkhidmat di Hospital Avisena Shah Alam. Sangat friendly dan happy go lucky!”

Terdahulu, ibu Ainul pernah berkongsi tentang Dr Jaseem yang juga banyak membantu mereka.

“Salah seorang Atuk Ainul ni namanya Doktor Jaseem. Doktor Jaseem ni dah gelarkan Ainul ni cucu dia tau! MashaAllah, nampak sangat Dr Jaseem sayang dekat Ainul.

“Bila Ainul dah free trachy ni lagi lah tersenyum je dia. Sebabnya, dia sangat yakin dengan Ainul yang memang Ainul ni tak ada problem apa-apa dah. Dia lah juga antara yang risau bila Ainul selalu sakit sebab infection.

“Bermula waktu tahun lepas Ainul kritikal, Dr Jaseem dan teamnya contact kami suruh bawa jumpa Dr dan Team untuk advise kami yang sebenarnya trachy itulah punca kenapa ainul selalu kena infection. So, kami decide untuk cabut terus trachy Ainul.

“Inilah saat yang ditunggu. Bila mana, pada 24 Feb 23 rupanya Ainul boleh bernafas normal seperti manusia normal tanpa ada benda asing di tekaknya. Alhamdulillah syukur. Dan rupanya jugak Ainul dah pandai makan dan menelan.

“Siapa kita nak kata Ainul tak pandai buat semua tu. Ainul sangat tak dijangka, sebenarnya dia boleh buat apa yang sepatutnya budak normal buat. Dr Jaseem pun kata Ainul memang boleh buat semua tu.

It’s okay Ainul, Masih ramai lagi yang boleh bantu kita, Ainul! Ramai sangat yang sayangkan Ainul.”

Menjengah ke akaun Facebook bapa Ainul pula, ini luahannya: –

“Macam ini rupanya anak walid bila tak ada tiub di leher, Alhamdulillah.”

Pun begitu, dia memaklumkan Ainul masih dalam pemantauan pihak hospital.

“Masih dalam mod pemantauan. Isnin ini akan buat beberapa prosedur untuk double confirm (pengesahan) sama ada boleh cabut (tiub) terus atau tidak.”

Menurutnya, selepas lebih 30 minit tiub pernafasan Ainul dibuka, saturasi oksigen mencapai 96 hingga 100 peratus.

“Nampak macam Ainul tengah nak seimbangkan pernafasan dia dari lubang ke hidung.

“Menggigil juga nak cabut sendiri, walaupun sepanjang lima tahun ini memang kami berdua yang buat penukaran tiub setiap dua minggu.

“Tetapi masa buat di rumah, lepas cabut yang lama (untuk cuci) dalam masa tiga saat kami terus masukkan yang baharu.

“Jadi memang tidak pernah nampak Ainul macam sekarang (tanpa tiub),” katanya.

Semoga Nurul Erwani dan suami terus kuat serta bahagia bersama dua permata hati mereka, Ainul dan Umar.

Kredit Foto: Instagram Nurul Erwani Zaidi, Intagram Dr Amalina Bakri & Facebook Ahmad Safiuddin

BACA JUGA: Makin Cerdik & Comel, AINUL MARDHIAH Bakal Jadi Kakak Tak Lama Lagi! Ibunya Kini Hamil 7 Bulan 

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad