Apa saja yang dipakai usahawan berstatus jutawan macam Cik Epal ini pasti ramai anggap berjenama mewah dan mahal dari hujung rambut ke hujung kaki. Hakikatnya, pengasas Makaji berkenaan mendedahkan dia hanya pakai tudung bawah RM6 ketika bercuti ke Milan, Itali baru-baru ini.
Siapa sangka, walau berjaya dan kaya-raya tapi wanita ini tidak kisah menyarung tudung marhaen ke luar negara. Bahkan, bila Cik Epal pakai nampak mewah dan mahal. Yang penting, kalau hendak bergaya kena yakin dengan penampilan diri sendiri!
Difahamkan kunjungan Cik Epal dan keluarga ke Milan bukan sekadar untuk bercuti tapi juga sebagai tanda sokongan kepada suami tercinta yang menyertai pertandingan membuat pizza di sana.
“Today pakai tudung RM6. Dah share link tudung 6 ringgit dekat IG story,” dedahnya di media sosial.
Daripada 50 pasukan yang bertanding, suami Cik Epal iaitu Jofliam berjaya menduduki tempat keempat! Sebelum ini pizza buatan Jofliam atau lebih dikenali Pizza Wagyu menjadi bualan ramai kerana keenakannya.
Cik Epal yang sebelum ini bergelar blogger sukses dalam perniagaan. Mengulas pertanyaan followers di Instagramnya, ujar ibu dua anak ini, “Dulu time kecil, memang aku ada cita-cita nak jadi jutawan.
Lepas tu spesis kuat berangan. Memang dari zaman sekolah rendah dulu aku dapat rasa yang satu hari nanti aku akan jadi jutawan, tapi aku tak tahu jutawan sebab apa je lah time tu.
But alhamdulillah, Allah izin aku dapat first million aku dengan Fairfit dulu, now Makaji pula.
Terima kasih korang yang selalu support aku dan doakan benda yang baik-baik untuk aku sekeluarga. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada korang juga. Amin.”
Gaya hidup Cik Epal sering menjadi perhatian warga maya lebih-lebih lagi apabila pergi membeli-belah. Memang setiap pembelian Cik Epal dinanti-nantikan followers setia terutamanya ketika dia menghadiahkan seutas jam tangan berjenama mewah untuk suami tercinta yang mencecah harga hampir RM100 ribu!
This website uses cookies.