Pada usia 53 tahun, diva pop antarabangsa Mariah Carey masih kelihatan cergas dan awet muda. Malah, masih bertenaga saat membuat persembahan di konsert yang pastinya memerlukan stamina yang tinggi.
Rupa-rupanya penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘We Belong Together’ ini banyak mengamalkan perkara yang baik untuk kesihatan sekaligus menyerlahkan pesona awet muda.
Agaknya apa yang diamalkan Mariah Carey ya? Majalah NONA kongsikan ‘petua’ yang diamalkan oleh ibu kepada sepasang anak kembar ini. Anak-anaknya pun sudah berusia 11 tahun.
DIET PROTEIN Memetik laporan Hollywood Life, penyanyi kelahiran New York ini sering mengamalkan diet protein untuk mengekalkan bentuk badannya.
Mariah Carey hanya mengambil makanan berprotein tinggi seperti salmon dan sayur-sayuran dalam diet hariannya termasuklah mengurangkan jumlah karbohidrat.
TAK AMBIL MAKANAN MANIS Selain itu, Mariah Carey juga tidak mengambil makanan manis seperti coklat atau kek. Dia juga tidak mengambil roti yang banyak tepung kerana tidak bagus untuk kesihatan.
Ads
Apabila lapar atau terasa mahu makan snek, Mariah Carey selalunya akan makan buah-buahan contohnya mangga atau beri biru dalam kuantiti kecil.
MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT Menurut Mariah Carey, walau sentiasa patuh dengan disiplin dietnya dia sendiri makan lebih daripada tiga kali sehari namun dalam kuantiti yang sedikit.
Dalam satu sesi temu bual bersama US Weekly, Mariah Carey mendedahkan dia mengupah pakar pemakanan bagi memantau bahagian pemakanannya selepas melahirkan anak kembar. Makanan juga dibahagikan kepada beberapa bahagian dan memastikan jumlah keseluruhan tidak melebihi 1,500 kalori.
Ads
PAKAI SOLEKAN NIPIS Rahsia awet muda Mariah Carey seterusnya ialah sering mengenakan solekan nipis kerana tidak mahu mengganggu kecantikan kulitnya yang semula jadi. Katanya, kalau jarang pakai solekan tak perlulah mengenakan solekan terlalu tebal.
“Saya mengenakan solekan yang minima supaya tidak perlu terlalu kerap wapkan muka,” ungkap Mariah Carey seperti yang dipetik dari People.
BERHENTI MEROKOK Mariah Carey mengakui pernah menjadi perokok walaupun tidak aktif. Disebabkan itu, dia mampu menyanyi dalam nada rendah. Namun, lama kelamaan ia mengakibatkan kerongkongnya mengalami keradangan serta bengkak.
Ads
“Suatu hari saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk berhenti merokok jika berjaya mengembalikan semula suara saya. Akhirnya, saya berjaya menyanyi dengan nada suara yang lebih tinggi selepas berhenti merokok.”
Selain dapat memulihkan kembali suara yang hampir hilang, berhenti merokok juga memberi manfaat kepada kulitnya. Ia membantu mencegah tanda-tanda penuaan awal seterusnya menjadikan kulit Mariah Carey tampak awet muda.
Kredit Foto: Instagram Mariah Carey
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial dengan imej memakai selendang ala turban selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini, imej pelakon dan juga penyanyi Daiyan Trisha nyata mencuri tumpuan ramai walaupun dirinya menafikan sudah berhijab sepenuhnya.
Jelas Daiyan atau nama penuhnyaDaiyan Trisha Mohd. Nasaruddin memaklumkan imej ‘menutup sebahagian rambut’ yang digayakan bertujuan untuk menghormati bulan Ramadan selain baru pulang daripada mengerjakan umrah.
Ujar selebriti berusia 29 tahun itu lagi, dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila tiba waktunya nanti.
Enggan menjanjikan apa-apa dalam masa terdekat kerana takut gagal jika berubah dalam keadaan tergesa-gesa, Daiyan Trisha akui setiap individu mengharungi ujian yang berbeza untuk ke arah kebaikan. Walau bagaimanapun, Daiyan menetapkan matlamat baru dalam dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
“Saya mohon orang ramai doakan supaya saya terus istiqamah. Ia agak berbeza pada setiap individu. Perjalanan hidup saya nak jadi seorang muslimah yang sempurna pun jauh lagi,” jelas pelakon siri tv High Council itu.
Menyentuh hal perniagaan yang diusahakan oleh pelantun lagu ‘Penat’ itu, dia memaklumkan bahawa ini merupakan salah satu inisiatif untuk dirinya istiqamah. Malah Daiyan juga memaklumkan akan cuba untuk tidak mengambil peragaan jenama antarabangsa yang terlalu seksi.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat pertandingan ratu cantik terutama sekali pentas Miss Universe, pastinya ramai yang ternanti-nanti siapakah wakil yang akan dihantar oleh salah sebuah negara yang banyak menggungguli pertandingan berprestij tersebut, tidak lain tidak bukan negara Filipina.
Baru dinobatkan baru-baru ini, memperkenalkan Michelle Dee dari Makati Town, Miss Universe Filipina.
Bakal membawa nama negara tersebut yang akan diadakan hujung tahun di El Savador, berikut adalah lima fakta menarik tentang Michelle Dee.
Beliau juga merupakan Miss World Philippines 2019
Selain menggondol gelaran Miss Universe Philippines 2023, Michelle juga merupakan bekas Miss World Philippines 2019. Pada Disember 2019, dia mewakili Filipina dalam Miss World 2019 di England, menamatkan saingan dalam Top 12.
Seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah
Michelle bukan sahaja seorang ratu cantik tetapi juga seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah. Sewaktu Anugerah Bintang PMPC ke-36 untuk kategori Filem pada 2021, Michelle memenangi Pelakon Filem Baharu Terbaik. Beliau baru-baru ini turut membintangi drama perdana GMA “Mga Lihim ni Urduja.”
Michelle adalah anak kepada bekas ratu cantik dan pelakon Melanie Marquez
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Darah ratu cantik pastinya mengalir dalam darah Michelle! Bagi yang tidak tahu, Michelle adalah anak kepada Miss International 1979 Melanie Marquez. Selain ibunya, sepupu Michelle juga tidak asing dalam dunia ratu cantik di mana sepupunya ialah Miss Reina Hispoamericana 2017, Winwyn Marquez.
Dia menjalani pembedahan beberapa minggu sebelum pertabalan MUP 2023
Beberapa minggu sebelum malam pertabalan Miss Universe Filipina 2023, Michelle menjalani pembedahan akibat pendarahan semasa ulang tahunnya yang ke-28. Walaupun begitu, ia tidak menghalang semangat Michelle yang kembali pulih selepas pembedahannya dan kembali bersaing.
Beliau mempunyai ijazah dalam Psikologi dan sijil dari Harvard!
Michelle merupakan graduan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Psikologi dari Universiti De La Salle. Beliau juga menamatkan kursus sijil dalam Entrepreneurial Essentials di Harvard Business School Online.
Tahniah Michelle! Adakah Michelle akan mengikut jejak langkah Pia dan Catriona? Sama-sama kita nantikan!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an ke 90an, pasti mengenali aktres Hong Kong ini terutama penggemar filem-filem kung fu lakonan Stephen Chow.
Sharla Cheung, salah seorang aktres wanita terkenal era 90-an yang memulakan karier lakonannya sejak tahun 80an. Namanya kemudian melantun selepas digandingkan dengan Stephen Chow pada tahun 90an.
Beberapa filem yang pernah dilakonkan oleh mereka berdua ialah trilogi Fight Back to School, Hail the Judge, dan Royal Tramp.
Manakala filem yang dilakonkan oleh Sharla sendiri antaranya ialah The Dragon Chronicles – The Maidens, Holy Weapon, dan Kung Fu Cult Master.
Memetik perkongsian AsiaOne, Sharla smeninggalkan dunia seni sejak 20 tahun lalu.
Setelah sekian lama tidak muncul dalam dunia hiburan, Sharla baru-baru ini kembali mencuri tumpuan orang ramai apabila menghadiri satu majlis amal di China.
Ternyata, penampilan terkini Sharla masih cantik walaupun usianya kini sudah mencecah 55 tahun.
Turut tular di media sosial, foto Sharla yang memiliki kulit yang masih tegang, berseri dan awet muda.
Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi Sharla dikenali sebagai salah seorang selebriti Hong Kong yang memiliki wajah cantik
Nona kongsikan transformasi gaya Sharla Cheung dari era 90an sehingga kini: –
Kredit Foto: Instagram @hk80s90s
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...