Tolak Tepi Wajah Cantik & Status Selebriti, Burger Bakar MAYA KARIN Laris Di Pasaran!

Rezeki Maya Karin! Siapa sangka, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu membuka ‘pintu rezeki’ baru buat aktres jelita ini. Selain kembali aktif menerima jemputan majlis seni, Maya Karin juga kini sibuk menjaga perusahaan burger bakar.

Menyingkap kembali pembabitan Maya dalam bisnes ini, segalanya bermula apabila seorang rakan meminta dia menyimpan alat pembakar dan kiosk di kawasan rumahnya di Kampung Sungai Penchala, Selangor. Daripada sekadar menyimpan, pelakon berusia 40 tahun ini lantas mendapat idea untuk membantu jiran sekeliling yang terjejas akibat PKP Covid-19.

Kata Maya kepada Harian Metro, “Dia hanya nak tumpangkan sekejap tapi katanya gunalah kalau saya nak buat apa-apa. Saya kemudian terfikir ketika ini dalam PKP dan ada baiknya saya buat burger untuk jiran-jiran dan orang kampung di sini. Mereka bukanlah orang susah, tapi memerlukan juga pertolongan kecil. Daripada duduk rumah tengok TV, baik saya mulakan projek memasak burger bakar untuk jiran-jiran.”

Bermula dengan hanya 25 biji burger bakar, kini Maya sudah pun membuka cawangan keduanya di Bandar Menjalara. Melihat potensi perniagaan ini, Maya bagaimanapun tidak menyangka ia menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan.

Bercakap kepada New Straits Times pula, Maya menjelaskan dia akan meneruskan perniagaan ini selagi menerima tempahan dan permintaan orang ramai. “Alhamdulillah, dengan usaha pembantu saya rasa teruja bila burger bakar ini mampu memberi kegembiraan kepada insan lain. Kami juga ada mendapat permintaan daripada mereka yang mahu lebih banyak cawangan dibuka di Putrajaya, Pulau Pinang dan beberapa kawasan lain.”

Menyedari keadaan terdesak yang dialami golongan memerlukan, Maya turut memberi sumbangan burger bakar kepada mereka yang terlibat. Tidak dilupakan, kepada para frontliners yang banyak membantu dan mengawal keselamatan orang awam sempena PKP seperti petugas perubatan, anggota polis, anggota pertahanan awam, bomba, tentera dan sebagainya. Murah rezeki Maya!

Sudahlah cantik dan pandai cari duit sendiri, personaliti Maya yang penyayang juga dikagumi. Dia yang merupakan aktivis alam sekitar dilihat cukup merendah diri dan tidak kisah pergi ke suatu destinasi meskipun dengan hanya menaiki pengangkutan awam. Malah, dalam usia yang bakal meniti usia 41 tahun pada Oktober nanti, Maya masih kekal anggun dan menawan dalam kelas tersendiri.

Melihat peribadinya, pelakon yang terkenal menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam ini gemar bergaya santai dan menyerlahkan kecantikan aslinya biarpun tanpa solekan tebal di wajah.

Bagi suri rumah yang gemar memasak pelbagai jenis hidangan untuk keluarga, peralatan memasak seperti ini amat berguna untuk anda.

 

 

Kredit: Instagram Maya Karin

Share
Published by
Suzi