Masalah keputihan atau dikenali sebagai vaginal discharge adalah normal bagi seorang wanita. Jumlah, bau dan warna keputihan itu sendiri bergantung kepada kitaran haid. Lelehan lendir yang normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau hanyir serta tidak menyebabkan kegatalan pada faraj.
Selalunya jumlah keputihan itu akan lebih daripada biasa jika seseorang wanita itu mengalami ovulasi, tempoh sebelum haid, menyusu badan atau ketika melakukan hubungan intim.
Masalah keputihan yang perlu diberi perhatian dan rawatan:
Apa yang menyebabkan masalah keputihan tidak normal?
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan
Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna di bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactik yang mengekalkan pH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai. Situasi ini boleh mengubah persekitaran yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organisma lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.
Cara Merawat Keputihan
Keputihan normal tidak memerlukan sebarang rawatan. Keputihan tidak normal memerlukan pemeriksaan oleh doktor perubatan dengan melihat bahagian faraj dan mengambil sampel keputihan itu. Rawatan antibiotik yang spesifik kepada jangkitan itu akan diberi oleh doktor.
Cara Mencegah Penyakit Keputihan
Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas. Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.