Selepas nama Chong Wei, terbaharu nama ‘Menteri Kewangan’ pula dijadikan modal love scam untuk memperdayakan mangsa. Kes yang tular sejak beberapa hari ini melibatkan seorang guru tadika di Pahang turut mendapat perhatian Menteri Kewangan sebenar, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.
Terkenal dengan perwatakan family man, suami kepada YM Raja Datin Sri Johanna Adrina berusia 48 tahun itu jelas terkesan dengan isu yang melibatkan namanya.
Dalam satu hantaran beliau, reaksi Tengku Zafrul sempat mencuit hati netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang disampaikan.
“Saya terkejut bila baca ada wanita terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.⠀
⠀
Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.⠀
⠀
Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. ⠀
⠀
Pesanan ini juga khas untuk isteri saya.” Tengku Zafrul
Merupakan menantu kepada tokoh korporat YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Tengku Zafrul amat terkenal sebagai seorang Menteri yang menyenangkan, penggemar sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Beliau memiliki empat orang cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.
Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara iaitu mentadbir kewangan Malaysia, pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.
Sumber: Instagram @tzafrul_aziz
This website uses cookies.