Siapa sangka, tuah benar-benar menyebelahi si kecil molek bernama Nadhirah Zamani, 27 tahun ini dek kerana aktifnya dia di laman sosial yang menyaksikan bagaimana transformasinya dari seorang wanita yang biasa-biasa kepada seorang individu berpengaruh dan popular di kalangan pengguna laman sosial. Asalnya cuma suka-suka, Nadhirah yang menggunakan nama samaran sebagai Naddysushi, berjaya mencuri perhatian ramai pengikut dan peminatnya menerusi video aksi gila-gila dan jenaka dari platform Vine yang amat popular di luar negara. Mempunyai ijazah sarjana ijazah muda dalam Seni Persembahan (classical music), kini Naddy memiliki karier sebagai content creator dek kerana kerana suka menhasilkan video dengan idea dan stail sendiri.

Ads

Transformasi NADDY SUSHI Dari Seorang Wanita Biasa Kepada Seorang Individu Berpengaruh!

ADAKAH ANDA MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI?

Saya mempunyai clothing line sendiri dimana ia adalah perniagaan bersama adik saya iaitu Nadrah Zamani yang diberi nama Catswag Apparel. Kami mengeluarkan produk pakaian seperti tshirt, sweater dan aksesori. Namun, saya terpaksa menghentikan seketika bisnes ini memandangkan adik saya sudah mula bekerja dalam bidang advertising dan saya juga sibuk dengan karier. Insyaallah, kami akan menjaankan perniagaan ini seperti biasa bila tiba waktu yang sesuai.

ANDA MULA DIKENALI MELALUI PLATFORM VINE. BOLEH CERITAKAN SEBRA SEDIKIT MENGENAI PERKARA INI?

Pada ketika itu aplikasi vine sangat baru dan saya meminati video-video antarabangsa yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Namun saya perasan ia tidak dikenali dan kurang popular di Malaysia. Jadi, saya hasilkan video sekadar untuk menghiburkan diri sendiri. Namun selepas itu, ramai yang melihat video itu dan mula mendapat sambutan. Pada masa itu (2014), saya masih belum tahu mengenai social media influencer dan instafamous. Gelaran ini terjadi secara tidak sengaja.

ANDA JUGA AKTIF SEBAGAI YOUTUBERS. TERANGKAN AKTIVITI ANDA DI YOUTUBE…

Ads

Memandangkan saya memang suka menghasilkan video sendiri, jadi saya dan Epuleusoff (suami) memutuskan untuk membuat akaun youtube. Di platform tersebut, kami kongsikan personaliti sebenar masing-masing dan kemahiran menghasilkan kandungan video yang menarik. Di, Youtube, kami banyak menghasilkan video-video seperti Challenge Video,Vlogging, Tutorial, dan Parody Lagu.

ANDA SEORANG YANG CUKUP TRENDY DAN FASHIONISTA. CERITAKAN SEDIKIT MENGENAI PENAMPILAN ANDA?

Ads

saya lebih dikenali kerana mempunyai stail ‘quirky’. Tetapi saya mempunyai pendirian tersendiri when it comes to style. Saya akan pastikan penampilan saya diterima dan disukai oleh diri saya sendiri daripada hanya sekadar mengikuti trend semasa. Stail saya tidak kira dari segi penampilan atau gambar/video adalah bermakna bagi saya kerana ia ‘represent me in distinctively way’.

MELIHAT PADA LAMAN INSTAGRAM ANDA, ANDA SEORANG YANG SUKA TRAVEL. APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA SUKA PERGI TRAVEL?

Ibu bapa saya suka pergi melancong atau travel. Jadi saya dan adik beradik yang lain turut mencintai aktiviti ini sejak dari kecil lagi. Memandangkan kerja saya adalah vlogging, saya diberi peluang oleh pelanggan untuk travel sambil berkongsikan pengalaman melalui vlogging.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI