Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana, pada sesiapa saja! Penyanyi Ara Johari baru-baru ini berkongsikan detik cemas apabila dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali selepas selesai menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Ads
Jelas Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, lelaki itu bertindak menarik dan mengenggam kuat tangannya sebelum mencium sebanyak dua kali.
“Ada seorang lelaki datang pada saya untuk bergambar dan ketika itu ada ahli keluarga dan pembantu peribadi saya di situ. Selepas ambil gambar, dia buat hal sendiri dan saya sambung berbual dengan ibu saya. Kemudian dia datang semula untuk bersalam dan saya mula rasa tidak selesa kerana saya jarang bersalam dengan lelaki tidak dikenali.
“Saya ingatkan lelaki itu akan beredar selepas bersalam, tetapi dia masih ada di situ. Disebabkan rasa tidak selesa, saya minta adik untuk ambil kereta dan beredar.
“Ketika nak bergerak ke kereta, dia datang semula dan fist bump (laga penumbuk) dengan pembantu peribadi saya. Jadi saya sangka dia nak buat perkara sama dengan saya.
“Ternyata dugaan saya salah apabila dia terus menarik tangan saya dan mengenggam dengan kuat serta mencium tangan saya dua kali. Bukan cium biasa, sebaliknya cium bersungguh,” cerita Ara menerusi Insta Story miliknya.
Ads
Tambah Ara, 26, dia cuba untuk menarik kembali tangannya namun tidak berjaya kerana lelaki berkenaan bertindak memegang tangannya dengan kuat.
“Selepas berbuat demikian, lelaki berkenaan terus melarikan diri, tapi saya sempat memukul belakangnya sebelum menjerit.
Berterima kasih kepada individu yang membantunya semalam, penyanyi lagu Bunga itu turut mengingatkan kaum wanita untuk lebih berhati-hati.
Ads
“Pengajaran dari cerita ini, wanita di luar sana, tolonglah lebih berhati-hati. Terutamanya public figure sebab kita tak tahu niat orang dekat kita,” ujarnya yang turut meminta bantuan anggota polis untuk memadamkan semua gambarnya daripada telefon bimbit lelaki terbabit.
Sumber: Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon terkenal Bollywood, Bipasha Basu yang baru saja melahirkan anak sulungnya, perempuan yang diberi nama Devi Basu Singh Glover. Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Bipasha menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya. Hanya berkongsi tapak kaki anaknya, Bipasha turut menulis kepsyen ‘Diberkati’ menyatakan kesyukuran mereka terhadap cahaya mata yang baru lahir.
Hamil anak pertama di usia 43 tahun, Bipasha Basu dan Karan Grover mengumumkan mereka bakal menjadi ibu bapa pada bulan Ogos selepas melayari perkahwinan selama 6 tahun. Ini merupakan perkahwinan kali pertama buat Bipasha dan ketiga buat Karan.
Bipasha dan Karan berkahwin pada tahun 2016 selepas menjalinkan hubungan ketika pengambaran filem Alone setahun sebelumnya. Sebelum ini Bipasha pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon-pelakon tampan Bollywood seperti John Abraham dan Dino Morea.
Bipasha, bekas model memulakan perjalanan karier seninya di dalam dunia Bollywood buat pertama kali selepas membintangi filem Ajnabee pada tahun 2001. Manakala Karan pula juga merupakan model dan pelakon popular membintangi filem-filem seperti Hate Story 3 dan Qubool Hai.
Menjengah ke hantaran di Instagram, ramai rakan-rakan artis serta peminat Bipasha yang teruja dengan khabar gembira yang dikongsikan.
Walaubagaimanapun, sehingga kini Bipasha dan suami masih lagi tidak mendedahkan wajah comel anak mereka. Diharapkan dapatlah kita semua melihat wajah anak mereka nanti tak lama lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masihkah anda ingat dengan kisah bekas atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), nama Aprilia Santini Manganang yang tular suatu ketika dulu kerana kisahnya yang dibesarkan sebagai seorang wanita selama 28 tahun walhal dirinya adalah seorang lelaki. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Aprilio rupanya mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadiasyang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.
Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.
Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.
Ujian perubatan pula mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi. Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.
Setahun kemudian selepas menjadi “lelaki” dan kembali kepada fitrah asalnya, khabarnya Aprilio sudah bernikah dengan kekasihnya yang bernama Claudia Cvanrhyn. Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram termasuk memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen ‘Bebas’.
Claudia menyarung persalinan gaun anggun berlengan panjang berwarna putih serta dibaluti rantai putih, manakala Aprilio pula memakai 2-piece suit dengan blazer berona biru bercorak bunga di mana kedua-duanya menunjukkan cincin kedua-dua pengantin baru ini.
Senyuman gembira juga jelas terpancar di wajah pasangan pengantin. Didoakan semoga prkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peningkatan kes positif COVID-19 ketika ini amat membimbangkan namun Penasihat kepada YAB Perdana Menteri Untuk Hal Ehwal Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dalam mesej khasnya berkata ada sinar yang bakal menanti demi memutuskan rantaikan pandemik ini.
Menurut wanita yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa ini “Kerajaan Malaysia telah pun berjaya memperolehi vaksin.
Bermula Februari 2021 kita akan menerima penghantaran vaksin secara berperingkat dan akan memulakan proses vaksinasi dibahagi ke 3 fasa,” bicara Dr Jemilah tentang vaksin COVID-19 melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Tambahnya lagi, “Vaksin yang dibeli adalah berkesan dan selamat. Vaksin yang diperolehi dari Pfizer & Astra Zeneca yang telah diuji kepada puluhan ribu orang sebelum diluluskan di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Kerajaan akan beri vaksinansi ini secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Semakin ramai divaksinasi semakin sukar virus merebak,” ujar Dr Jemilah.
Tan Sri Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Dr Jemilah bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan Kesihatan Awam. Selaras dengan perlantikannya, Tan Sri Dr Jemilah berazam untuk bekerjasama dengan semua agensi dan kementerian termasuk sektor swasta bagi memastikan Malaysia menerajui sistem penjagaan kesihatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...