Uncategorized

Trend ‘Belt’ Kembali! Selain Nampak Stailo, Pemilihan Tali Pinggang yang Tepat Mampu Serlah Penampilan!

Ramai wanita memandang remeh tentang pemilihan tali pinggang yang betul. Pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan keseluruhan penampilan anda tampak sempurna.

Gabungan rona, kedudukan tali pinggang serta gaya helaian anda perlu seiring bagi memastikan ia kelihatan sempurna. Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mengenakan tali pinggang. Nona berkongsikan panduan memilih tali pinggang yang tepat dan sempurna.

KETAHUI PARAS PINGGANG

Jika anda mempunyai badan yang pendek atau rendah, kedudukan tali pinggang di hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala di bahagian belakang perlu jatuh di atas garisan pinggang. Bagi mereka yang tinggi pula,anda perlu memakai tali pinggang pada paras pinggang sebenar anda

KELEBARAN TALI PINGGANG

Kelebaran tali pinggang mempengaruhi keseluruhan penampilan andak. Bagi anda yang mempunyai badan yang besar, anda dinasihatkan agar memilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Pada mereka yang kurus, tali pinggang yang sesuai buat anda ialah jenis skinny belt.

PERMAINAN RONA

Pemilihan rona bergantung pada apa yang ingin anda tonjolkan. Jika anda mengenakan helaian polos, jadikan tali pinggang sebagai item statement dengan memilih rona yang terang atau bercorak. Ia akan memberikan penampilan anda lebih seimbang dan kelihatan sempurna.

TAMBAH LAPISAN HELAIAN

Anda boleh menambah lapisan helaian seperti kardigan atau pun jaket bagi menyempurnakan penampilan anda. Selain itu, ia mampu menambah dimensi tekstur yang boleh menyelamatkan keseluruhan gaya. Rona lapisan helaian yang dipilih harus senada dengan gaya anda. Jangan memilih rona yang terlalu garang dan terang khuatir anda akan tampak seperti badut.

Share
Published by
Fadhli Ismail