Hujung tahun ini, pasti ramai yang sudah mula menghabiskan saki-baki cuti tahunan bukan? Dengan cuti sekolah akhir tahun yang semakin rancak, tiba masanya untuk bawa ibu bapa dan anak-anak ke tempat peranginan, buat aktiviti dan cipta pengalaman baru bersama-sama!
Berbanding trend percutian solo atau bulan madu, kajian menunjukkan orang Malaysia ni lebih gemar membawa seluruh keluarga berjalan-jalan. Macam family trip, kan lebih seronok bawa semua yang tersayang, gembira sama-sama walaupun sederhana!
Fakta ini disokong oleh Tinjauan Trend Percutian Keluarga Agoda 2022 yang menunjukkan bahawa empat daripada lima orang pelancong akan bercuti bersama keluarga terdekat dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Walaupun melancong bersama rakan-rakan lebih popular berbanding dengan melancong bersama keluarga besar, namun data menunjukkan lebih separuh (52%) masih berminat untuk bercuti secara berkumpulan dengan saudara-mara mereka.
Pelancong dari Singapura (61%), Taiwan (61%) dan Vietnam (59%) lebih cenderung untuk bercuti sekurang-kurangnya satu kali bersama keluarga terdekat mereka.
Sementara itu, pelancong dari Filipina (47%), Indonesia (40%) dan Malaysia (35%) lebih cenderung untuk merancang dua atau lebih percutian keluarga pada tahun akan datang.
Bagi percutian bersama keluarga besar, pelancong dari Indonesia, Filipina dan Vietnam menduduki tiga tempat teratas, manakala pelancong dari Jepun, Korea dan Singapura paling tidak berkemungkinan untuk bercuti bersama seluruh ahli keluarga mereka.
PERCUTIAN BAJET
Bagi percutian bersama keluarga atau berkumpulan, pelancong di seluruh dunia akan mencari percutian yang memberikan lebih nilai kepada wang mereka dengan memilih penginapan bajet, sewaan percutian Agoda Homes dan pusat peranginan yang menawarkan pakej yang lengkap.
“Pelancong berkeluarga lazimnya mempunyai keperluan yang lebih kompleks apabila memilih penginapan semasa percutian. Mereka memerlukan ruang penginapan yang lebih luas, mungkin dengan kemudahan memasak seperti yang ditawarkan oleh Agoda Homes, atau perkhidmatan seperti penjagaan anak, kelab kanak-kanak, katil tambahan atau bilik bersambung yang ditawarkan oleh hotel mesra keluarga.
Ketersediaan platform seperti Agoda yang menawarkan khidmat carian dan tempahan bagi penginapan, penerbangan, pengangkutan dan aktiviti yang menyeronokkan di destinasi percutian, memudahkan urusan perancangan perjalanan mereka dan memberikan lebih banyak masa untuk berehat sambil menikmati masa bersama orang tersayang.” Naib Presiden Serantau, Asia Tenggara, Oceania dan India Agoda, Enric Casals
*****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*****************
Pelancong dari Filipina (59%), India (44%) dan Korea Selatan (38%) memberikan keutamaan yang tinggi untuk hotel mesra bajet, manakala mereka dari Indonesia (42%), Malaysia (39%) dan Taiwan (38%) lebih cenderung untuk memilih penginapan sewaan yang menawarkan kemudahan tambahan seperti dapur atau ruang tinggal dan tidur yang berasingan.
Ini berbeza dengan hampir separuh daripada pelancong Jepun (43%) yang mengutamakan rangkaian hotel sebagai penginapan pilihan mereka dan 34% pelancong Thai yang lebih cenderung untuk memilih kemudahan pusat peranginan yang menawarkan pakej yang lengkap.
Memang benarlah sebenarnya bila bercuti, kita bukanlah mencari tempat yang mewah sangat. Cukup ada kemudahan selesa untuk keperluan keluarga, selamat dan yang penting dapat cipta momen menyeronokkan, itulah seadanya! Selamat bercuti pembaca Majalah Nona.
This website uses cookies.