“Tripod & remote bluetooth rahsia gambar keluarga lebih cantik kala bercuti,”Dyana

Bercuti bagi saya sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila kita bersama yang tersayang. Melihat keindahan ciptaan Allah SWT, belajar benda-benda baru di tempat baru, sambil terhibur dengan pelbagai keletah anak kecil. Kami suami isteri pernah diduga dengan kehilangan anak, jadi apabila Allah SWT mengurniakan anak kami, Daniel, selagi kami masih sihat, dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa, kami akan cuba untuk bawa Daniel bercuti.

Selalunya saya memperuntukkan dua kali setahun untuk bercuti. Satu cuti panjang di negara 4 musim. Jadi waktu pilihan bercuti tak tentu sama ada musim sejuk, musim bunga atau musim luruh. Bergantung kepada jadual kerja saya dan suami. Lagi satu cuti ketika raya Aidilfitri. Biasanya kami memperuntukkan dua hari raya pertama untuk bersama keluarga dan ziarah sanak saudara, kemudian baki cuti yang lain kami akan bercuti sama ada dalam Malaysia ataupun sekitar Asia Tenggara.

Bercuti bersama anak kecil sangat mencabar tapi menyeronokkan. Its an adventure untuk kami, suami-isteri. Kenali anak anda dan always be prepare. Saya selalunya akan pilih penerbangan pada waktu malam jadi untuk long haul flight, anak saya akan tidur. Saya akan pilih tempat duduk tepi tingkap kerana Daniel sangat teruja tengok pemandangan daripada tingkap.

Jika ada transit di mana-mana, biasanya memang saya standby 1 beg kecil yang berisi mainan untuk Daniel bermain sementara tunggu penerbangan seterusnya. Selain daripada itu, kena siap sedia ubat-ubatan untuk kecemasan. Ke negara yang kami pergi, kami akan cuba selitkan themepark

atau zoo dalam itinerary kami.

Alhamdulillah berjaya juga jejak kaki ke bumi Turki dan Eropah Selatan. Santorini sudah lama menjadi destinasi idaman kami berdua suami-isteri. Walaupun ada yang berkata bahawa Santorini agak overrated namun, setelah menjejakkan kaki ke kepulauan Greek itu, Subhanallah indahnya ciptaan Allah SWT. Keunikan deretan bangunan putih berkubah biru di tebing-tebing pulau, pasir pantai yang unik berwarna hitam, serta keindahan matahari terbit dan terbenam. Satu pengalaman yang cukup unik.

Tip buat mereka yang mahu bercuti adalah buat homework dan survey sebelum ke tempat yang ingin dituju. Sekarang internet di hujung jari, banyak aplikasi online yang boleh digunakan untuk bercuti. Sentiasa berwaspada dengan penyeluk saku. Saya pernah mengalami peristiwa kehilangan pasport dan kad kredit di Venice angkara penyeluk saku.

Saya sarankan kepada yang hendak bercuti pakai money belt dan sentiasa berwaspada. Keluarkan sedikit wang untuk gadget

. Jika berkemampuan boleh beli gadget yang memudahkan urusan anda untuk ambil gambar. Saya beli tripod serta holder yang boleh disambungkan dengan stroller anak saya. Jadi mudah untuk kami mengambil gambar walau di mana sahaja.

Saya rasa percutian saya sama sahaja seperti orang lain. Cuma mungkin kami sekeluarga sangat suka mengambil gambar dan video jadi kadang-kadang ramai yang tertanya adakah kami membawa jurugambar peribadi. Sedangkan sebenarnya kami hanyalah menggunakan kamera dari telefon bimbit serta bantuan tripod dan remote bluetooth supaya dapat ambil gambar sekeluarga.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan