![Untitled design - 2021-10-13T105012.459](https://cdn.nona.my/2021/10/407162-696x365.jpeg)
Kewibawaan Tan Sri Michelle Yeoh di dunia perfileman antarabangsa memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Selepas terpilih dalam filem, Star Trek Discovery, Crazy Rich Asians, Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of A Geisha James dan Bond Tomorrow Never Dies kini wanita kelahiran Ipoh, Perak ini sekali lagi terpilih untuk menyertai filem adiwira Marvel; Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407164.jpeg)
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407168.jpeg)
Wanita yang mempunyai ketinggian 163 meter ini telah menyuntik inspirasi apabila melakonkan sendiri aksi ‘stunt’ walaupun sudah berusia 59 tahun. Ini sesuatu yang luar biasa bagaimana Tan Sri Michelle mengekalkan staminanya untuk memberi yang terbaik dalam lakonannya.
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407171.jpeg)
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407166.jpeg)
Filem lakonan Tan Sri Michelle juga bukan calang-calang dan berjaya melakonkan watak sebagai ‘Gadis Bond’ yang diidamkan oleh pelakon wanita seluruh dunia. Bergandingan dengan pelakon terkenal, Pierce Brosnan dalam filem Tomorrow Never Dies yang disiarkan pada tahun 1997 benar-benar mencipta namanya di persada dunia.
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407167.jpeg)
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407173.jpeg)
Walau bagaimanapun, dalam filem Crazy Rich Asian, Tan Sri Michelle Yeoh membawakan watak sebagai ibu kepada pelakon Hendry Golding benar-benar melekat di hati seluruh peminatnya. Hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nampaknya bakat wanita yang pernah mendapat gelaran Miss Malaysia Pageant 1983 ini sememangnya dikagumi.
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407170.jpeg)
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407172.jpeg)
Bukan itu sahaja, malah Tan Sri Michelle telah mencipta sejarah, apabila telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Most Inspiring and Influential Women 2020 oleh British Broadcasting Corporation (BBC). Segala usaha dan jerih perih wanita yang berusia 58 tahun ‘berbayar’ dengan penghargaan sedemikian rupa.
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407169.jpeg)
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407165.jpeg)
![TS Michelle Yeoh Lakukan ‘Stunt’ Usia 59, Wanita Kelahiran IPOH Ini Terus Cipta Nama](https://cdn.nona.my/2021/10/407163.jpeg)
Siapa yang tidak bangga melihat nama tersenarai begitu. Tan Sri Michelle juga teruja apabila melihat namanya tersenarai. “Great honour to be part of the list along with all these amazing influential women,” tulisnya di laman media sosialnya.
Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!
![](https://cdn.nona.my/2022/06/For-marriage-to-be-a-success-every-woman-and-every-man-should-have-her-and-his-own-bathroom.-The-end.-29.jpg)
Mengenali Faizul Rohban, seperti mengimbau kembali kenangan penulis saat bertemu kakaknya, Allahyarhamah Faziani Rohban. Kemesraan dan semangat pengasas kosmetik Dnars itu seakan mengalir semula, dari DNA yang sama, cuma melalui orang yang berbeza.
Tenang menyapa penulis, Faizul atau nama penuhnya Mohd Faizul Rohban Ahmad tidak kekok bercerita pengalaman hidup beliau sebelum bergelar ahli perniagaan Beauty Kaseh.
Sejak dilancarkan sekitar 2013, nama produk minuman kesihatan, Manja Kaseh dan Arjuna Kaseh mula hebat diperkatakan. Di sebalik kejayaan itu, inilah orangnya yang bertungkus-lumus memajukan bisnes yang diilhamkan oleh kakak sendiri, Hajah Faziani Rohban.
![Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!](https://cdn.nona.my/2022/02/49104165_1995886190449124_3006669680648650752_n.jpg)
Lelaki segak asal Kelantan dan berusia 38 tahun itu kini merupakan Pengarah Urusan FR Qaseh Marketing Sdn Bhd.
“Betul, bisnes Beauty Kaseh ditubuhkan hasil ilham dan kerja keras kakak saya yang pada waktu itu memerlukan seorang jurucakap untuk produk yang dilancarkan.
Arwah meminta isteri saya, Norbaizura Ibrahim untuk membantunya sebagai jurucakap kemudian mempelawa saya sekali untuk menjadi jurucakap bersama. Saya ingat lagi kata-katanya masa tu…
![Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!](https://cdn.nona.my/2022/02/yani1.jpg)
![Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!](https://cdn.nona.my/2022/02/faz-03_13_606170.jpg)
‘Joe, aku nak mu dengan Zura jadi jurucakap bersama. Aku yakin mu ada kelebihan untuk bercakap.’
Bermula dari situlah penglibatan saya dan isteri menjadi jurucakap sepenuh masa. Namun pada tahun 2017, kira-kira dua tahun sebelum kematian arwah, dia membuat keputusan untuk melepaskan perniagaan Beauty Kaseh dan menyerahkan syarikat ini sepenuhnya kepada saya tanpa perlu membayar apa-apa.
Hanya ambil dan uruskan saja.” Faizul Rohban
Sebagai seorang adik, pemergian kakak tersayang pastinya meninggalkan banyak kenangan. Faizul tidak terkecuali.
“Saya tak pernah rasa ralat bila orang kaitkan saya dengan perniagaan arwah. Memang betul asalnya bisnes ini adalah hak arwah, dan setiap kali orang bertanya, saya juga akan mengaitkan arwah kerana mana mungkin saya mahu melupakan orang yang membawa saya ke tahap ini.
Arwah banyak berkorban tenaga, idea, wang ringgit dan doa untuk membawa kejayaan kepada saya. Setiap kali orang tengok saya dan tanya, ‘Adakah awak adik pengasas Dnars?’ maka jawapan saya adalah ‘Ya!’
Darah dan semangat arwah sentiasa mengalir dalam badan saya.” Faizul Rohban
![Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!](https://cdn.nona.my/2022/02/photo1641997524.jpeg)
![Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!](https://cdn.nona.my/2022/02/photo1641991533.jpeg)
Pencapaian Beauty Kaseh yang membanggakan turut mengangkat nama Faizul Rohban sebagai penerima Best Men’s Halal Beauty Award di acara Nona Superhero Award 2021.
Meskipun maju dan menerima pengiktirafan yang tinggi, namun tak sedikit pun wujud rasa riak, sebaliknya Faizul semakin berazam mahu membawa nama Beauty Kaseh ke peringkat global.
“Sebenarnya saya mula berbisnes selepas tamat SPM 2002. Masa tu saya ambil alih bisnes kedai makan arwah abah iaitu sebuah kedai menjual roti tempayan (roti nan) yang tak dikenali. Dengan jualan kedai yang bagaikan hidup segan mati tak mahu, saya ubah landskap bisnes itu ke arah yang lebih baik.
Percaya tak, saya pernah promosikan kedai saya tu dengan menyelit flyers di dalam akhbar-akhbar? Saya masih ingat saat tu, hanya ada sebuah motosikal saja. Itulah kenderaan saya untuk membawa segala bahan mentah.
Pernah saya bawa seguni gandum di atas motosikal dan tiba-tiba talinya putus lalu berteraburlah gandum di atas jalan. Tanpa rasa malu saya turun dan ambil balik gandum-gandum tu. Pernah juga guni bawang bocor, pun saya turun dan kutip bawang-bawang di atas jalan raya.
Dulu saya hanyalah seorang budak penebar roti canai. Arwah abah buat roti dan saya buat roti canai. Selepas abah meninggal dunia pada tahun 2010, tinggallah saya seorang menguruskan kedai sambil dibantu oleh adik perempuan dan adik lelaki saya yang masih bersekolah waktu tu.
Pada masa tersebut, saya tiada impian nak usahakan bisnes produk lagi, sekadar fokus mempertahankan bisnes arwah abah saja.
Sehinggalah pada tahun 2013, arwah kakak telah membawa saya ke pentas perniagaan Beauty Kaseh ini.” Faizul Rohban
ARWAH KAKAK
Tekad mahu berjaya dan mengubah nasib dirinya, Faizul kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Pengajian Perniagaan di sebuah IPT. Impiannya besar, mahu membawa jenama Beauty Kaseh ke tahap global!
“Segalanya memerlukan perancangan rapi termasuk dokumen yang lengkap. Kerana itu kami telah mula bergerak ke arah ini sejak dari tahun 2019 lagi. Selain itu, kami juga memiliki sebuah kilang kosmetik yang akan beroperasi tak lama lagi.”
Menyedari betapa kuatnya persaingan dan cabaran pandemik yang melanda dunia, Faizul bingkas memperkasakan dirinya agar lebih dinamik dan berdaya saing.
“Hari ini media sosial bergerak pantas dan wujud ramai founder yang mencari ejen untuk produk mereka. Bersandarkan kekayaan yang dimiliki, segalanya ditayang dengan alasan supaya ejen lebih terangsang.
Tapi saya yakin untuk merangsang minda manusia agar berjaya, cara sebenar ialah dengan memberi ilmu perniagaan yang betul. Bukan beri khayalan.
Di Beauty Kaseh, saya lebih suka menghasilkan produk yang berkualiti serta menjalani R&D yang mantap berbanding menghasilkan contents yang tidak bermanfaat.
Prinsip saya mudah. Biar lambat tetapi berkualiti. Sebagai ahli perniagaan, kita mesti bergerak seiring dengan realiti yang sebenar serta pengalaman yang mematangkan kita.” Faizul Rohban
Menjadikan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai idola, Faizul juga tidak menafikan bahawa banyak sifat-sifat arwah kakaknya yang dicontohi untuk berjaya.
“Arwah adalah seorang yang tidak sekali-kali akan kalah pada keadaan. Apabila dia kata ya, maka tidak ada apa yang boleh mengatakan tidak. Dia akan berusaha sungguh-sungguh untuk mencapainya.
Satu hari kami berjumpa di airport, saya bagi kad bisnes saya yang baru kepada arwah. Dengan spontan arwah jawab, ‘Satu masa nanti mu akan berjaya sebab mu kreatif. Tapi dengan syarat jangan putus asa.’
Memang arwah kakak selalu berfikir untuk memajukan bisnes saya. Dua minggu sebelum nahas yang menimpa arwah, dia telefon isteri saya untuk berpesan, jagakan kelapan-lapan anaknya dengan sebaik mungkin.
Arwah mahu saya uruskan kilang dia kerana dah penat. Jarang dalam hidup dia yang dia katakan dia penat. Waktu tu kami tak perasan ini pesanan terakhirnya…” Faizul Rohban
Kenangan paling manis buat Majalah Nona, ketika bertamu ke mahligai indah Allahyarhamah Faziani Rohban di Tumpat, Kelantan. Mesra dan amat menyenangkan, sebak pula tonton video ni…
IMPIAN
Tidak mahu terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kisah peribadi Faizul pula menjadi topik sembang kami. Agaknya bagaimanalah cara membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga di rumah?
“Sebenarnya dua perkara ini penting dalam hidup saya. Isteri dan anak-anak kerana itu saya akan pastikan setiap Jumaat kami berada di rumah bersama-sama. Kalau tidak outstation, saya sentiasa berada di rumah untuk makan, solat berjemaah dan beriadah sekeluarga.
![Penyambung Warisan Arwah Faziani Dnars, Kenali Adik Lelakinya FAIZUL ROHBAN Yang Serba Berbakat!](https://cdn.nona.my/2022/02/faizul1.jpg)
Selain itu, ada beberapa hari yang saya akan pastikan hadir ke majlis pengajian kitab dan tafsir Al-Quran di masjid. Itulah cara saya melepaskan stres dalam hidup saya.
Biasanya bila saya lemah dan down, saya akan pujuk diri saya bahawa ini semua adalah ujian dan cabaran yang Allah berikan agar kita lebih kuat. Tanpa ujian, manusia sering akan merasa selesa tetapi dengan ujian, kita akan rasa lebih diperhatikan.” Faizul Rohban
Sama seperti tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar yang menjadi idolanya, lelaki berkulit cerah ini berkongsi hasrat yang sama iaitu mahu membangunkan ekonomi ummah tanpa menonjolkan kekayaan.
“Satu lagi impian yang belum tercapai ialah ingin melihat produk-produk Beauty Kaseh berada di dalam rumah setiap Keluarga Malaysia seperti minuman, bedak, kosmetik dan lain-lain. Saya yakin semua ini pasti akan berhasil suatu hari nanti, insya-Allah.”
7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!
![](https://cdn.nona.my/2021/10/For-marriage-to-be-a-success-every-woman-and-every-man-should-have-her-and-his-own-bathroom.-The-end.-1.jpg)
Penampilan jelitawan-jelitawan ini dalam drama, filem atau sitkom popular Hollywood suatu ketika lalu, cukup disenangi peminat. Walaupun hidup dalam dunia glamor, tapi mereka juga wanita biasa seperti kita. Tetap ditimpa musibah dan tidak terlepas daripada ancaman penyakit pembunuh No. 1 wanita, kanser payudara.
(1) Julia Louis-Dreyfus
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/julia-nbcnews.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 56
Hanya sehari selepas Anugerah Emmy 2017, bintang sitkom popular ini disahkan menghidap kanser payudara. “1 dalam 8 wanita akan mendapat kanser payudara. Hari ini, sayalah orangnya,” tulis aktres ini bersama foto yang dimuat naik di Twitter kira-kira 10 hari kemudian.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/julia-louis-people.jpg)
Berita baiknya adalah beliau mempunyai rakan-rakan yang penyayang dan selalu memberi motivasi namun beliau juga sedih kerana terpaksa berdepan hakikat menghidap penyakit pembunuh No. 1 wanita tersebut.
(2) Olivia Newton John
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/olivia-grease.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 44 dan 68
Bintang filem The Grease ini telah didiagnosis menghidap kanser payudara pada tahun 1992 ketika beliau berumur 44 tahun. Sejak itu beliau menjalani pelbagai rawatan seperti mastektomi, kemoterapi, mengamalkan herba dan akupuntur hingga disahkan bebas penyakit kanser.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/Olivia-Newton-John-2009-billboard-1548.jpg)
Beliau juga selalu berkongsi pengalaman untuk menggalakkan wanita agar lebih prihatin soal payudara termasuk melancarkan album berjudul Stronger than Before (2005). Tahun ini, beliau sekali lagi diuji apabila didiagnosis mendapat kanser payudara buat kali kedua dan ia telah merebak ke organ lain.
(3) Shannen Doherty
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/shannen.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 44
Bintang drama Charmed dan The 90210 ini mendedahkan pada Ogos 2015 bahawa beliau sedang bertarung dengan kanser payudara serta menjalani rawatan intensif merawatnya.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/shannen-doherty-abcnews.jpg)
Dalam kesakitan, berlaku pula masalah insurans hingga melibatkan tindakan undang-undang. Namun aktres tersebut terus positif, mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif.
(4) Angelina Jolie
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/guardianlv.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 37
Selepas satu ujian mengesahkan bahawa beliau berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara, Angelina Jolie segera menjalani pembedahan mastektomi pada tahun 2013. Pendedahan itu ditulisnya sendiri dalam sebuah artikel di The New York Times.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/popsugar.jpg)
“Saya menulis untuk memberitahu wanita lain bahawa bukan mudah membuat keputusan untuk mastektomi tapi saya gembira membuatnya. Saya juga selalu memberitahu anak-anak agar jangan takut jika kehilangan saya kerana penyakit ini,” ujar ibu kepada 6 cahaya mata itu.
Tahun 2015, Angelina Jolie juga membuang ovari serta tiub fallopio miliknya bagi mencegah sebarang kemungkinan kanser pada masa akan datang. Ibu beliau meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser ovari.
(5) Christina Applegate
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/christina-applegate-johnny-depp-wallpaper-3.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 36
Aktres berwajah comel ini sanggup membayar harga yang tinggi untuk memulihkan kanser payudaranya pada tahun 2008. Beliau mengambil keputusan drastik membuang kedua-dua payudaranya dalam satu pembedahan bernama prophylactic double mastectomy walaupun hanya satu ketulan kanser yang ditemui.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/etonline.jpg)
“Kadang-kadang saya menangis, menjerit dan marah kerananya,” luah ibu kepada seorang anak perempuan dan kini disahkan bebas kanser. Beliau juga merancang untuk menubuhkan yayasan untuk wanita berisiko tinggi yang tidak mampu menjalani pemeriksaan MRI, yang dikatakan menyelamat nyawanya.
(6) Kylie Minogue
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/Kylie-Minogue-002.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 36
Pada asalnya berlaku initial misdiagnosis sewaktu mengesan kanser payudara Kylie Minogue. Sehinggalah bintang pop Australia ini tekad membuat ujian kedua yang menemukan doktor dengan ketulan pada payudara kirinya, beliau terus membuat rawatan pada tahun 2005.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/huffington-post.jpg)
“Saya pernah kehilangan segalanya, termasuklah menunggu bulu mata dan rambut tumbuh semula. Susah untuk mengekspresikan apa yang telah saya pelajari tapi yang pastinya ia melibatkan kesan psikologi dan emosi yang sangat mendalam.”
Kini Kylie Minogue telah bebas daripada kanser payudara dan beliau berusaha menggalakkan semua wanita untuk percaya pada gerak hati sendiri.
(7) Cynthia Nixon
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/popsugar1.jpg)
Usia Ketika Diagnosis: 40
Pada tahun 2006, bintang Sex and the City ini mendedahkan tentang tumor kanser yang ditemui dalam payudara kanannya sewaktu menjalani pemeriksaan mamogram. Namun aktres ini enggan berkongsi tentang kondisi kesihatannya sewaktu rawatan dijalankan.
![7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!](https://cdn.nona.my/2017/10/hawtcelebs-cynthia.jpg)
“Saya sangat takut malah sampai ke tahap, saya betul-betul tak mahu perkara ini terjadi. Tapi akhirnya saya mengalah. Saya lega ia dikesan dengan cepat supaya masih sempat untuk merawatnya.”
Nixon, yang juga mempunyai ibu yang pernah menghidap kanser payudara, kini bertindak sebagai duta di Yayasan Kanser Payudara Susan G. Komen. Norzalina Mohd Alias
Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!
![](https://cdn.nona.my/2023/03/RAFIDAH-IBRAHIM-12.jpg)
MashaAllah, luar biasa bisnes Wan Nur Syuhada Wan Norzie sepanjang Ramadan! Baru saja melancarkan koleksi kosmetik edisi raya, pelanggan setia SoBella sudah tak keruan mendapatkan produk berkenaan. Pendek kata, apa saja koleksi baharu yang dikeluarkan SoBella pasti laris di pasaran!
Ketika ditemu bual Nona sekitar tahun 2021, Wan Nur Syuhada atau mesra disapa Syu memberitahu waktu itu dia mempunyai 8,000 squad SoBella dibawahnya dan menjana pendapatan sendiri hingga ada yang sudah bergelar jutawan. Nona percaya angka squad SoBella kini mencecah puluhan ribu orang.
Pelbagai kejayaan berjaya dilakar saban tahun dan selesai mengadakan SoBella Magical Fairy Night, Syu menerusi media sosialnya baru-baru ini berkongsi sambutan hangat peminat SoBella terhadap edisi raya tahun ini. Berkotak-kotak stok tiba di kedai Syu dan paling mengagumkan kesemuanya sudah pun ada pembeli!
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/333024631_594360242220144_289183270779669526_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/328338184_5952991018132958_7633030753552133331_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/335601401_886151662662929_1419540553809472050_n-1.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/318997779_859055641796717_406936831832948608_n.jpg)
“Setiap kali Ramadan, kami macam nilah. Dia datang sebak, penat, stress semua serentak. Start je Raya Edition release, demand 5-6 kali ganda naik dari biasa. Orang dah tau dah. Nak raya, koleksi raya SoBella lah paling ditunggu-tunggu.
Terima kasih ye semua sebab still percayakan SoBella. Tanpa support dari customers and team, mana mungkin SoBella masih lagi menjadi brand pilihan dan kemestian di setiap pagi raya kalian. Dan semestinya semua dengan izin Allah.”
Ujarnya lagi, “Syu orangnya tak pernah ada istilah give up dalam hidup. Through up and down SoBella, walau apa pun orang nak kata pada SoBella, walau team silih berganti, walau penat nak melayan kerenah team kadang-kadang, walau pening kepala nak adapt dengan marketing semasa.
Tapi tetaplah berdiri seketul Syuhada dengan steady sebab bagi Syu, tanggungjawab I pada keluarga dan masyarakat lagi besar kalau nak dibandingkan dengan segala masalah yang ada. So for that, I tak pernah ada istilah quit dalam hidup ni.
Stok sampai ke siling, semua dah milik orang. Pening sebab batch 2 banyak lagi pending tak settle tapi kita usaha ya. Alhamdulillah.”
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://www.nona.my/wp-content/uploads/2021/02/336949998_892572711842030_6046597558596030059_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/337098608_5647086512069812_5570382187692140933_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/337148900_956071482440340_2520702001693476294_n.jpg)
Bukan sekadar permintaan melonjak tinggi, Syu juga kreatif mempelbagaikan pemasaran produk dan menariknya Februari lepas usahawan kelahiran Kelantan ini berjaya mengeluarkan vending machine SoBella untuk koleksi Liptint Dalam Tin. Tahniah!
“Mula-mula Syu nak buat packaging liptint kali ni dalam tin untuk ambil inspirasi air buah dalam tin since kita punya flavours adalah perisa buah-buahan. Watermelon, Papaya and Rambutan.
Then, kalau packaging pun dalam tin so mestilah kena ada mesin gedegang dia kan? Barulah feel air tin tu.
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/321715194_522767179985923_1324285906374377540_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/328160121_726239555898330_7392583399805782677_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/327761266_1552868508553431_8682541189235211905_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/321537357_1348687055933367_5867108251426755825_n.jpg)
![Stok Raya Penuh Sampai Siling Kedai, Wan Syuhada Sebak Terima ‘Demand’ 6 Kali Ganda Dari Biasa!](https://cdn.nona.my/2023/03/311931439_1575635112855149_436134399894246345_n.jpg)
InshaAllah SoBella tak pernah buat something biasa-biasa. Kita memang akan all out for every edition supaya SoBella Lovers rasa special everytime dorang terima parcels from SoBella or SoBella Squad.”
Moga kejayaan Wan Nur Syuhada menjadi inspirasi kepada golongan wanita untuk berjaya kelak. Syu yang juga penerima Nona Top Beauty Entrepreneur ini seorang wanita yang berjiwa besar, kreatif dan berani mencuba pelbagai perkara baru demi memastikan perniagaannya memenuhi cita rasa semua lapisan umur.