Ibu mana yang tidak gembira apabila anak yang dikandung, dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya berjaya dalam apa yang diimpikan.
Ads
Baru-baru ini bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkongsi hantaran di Facebook dan Instagram miliknya di mana anak sulungnya, Izmir Mohamad Salleh berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya. Lebih membanggakan, ia merupakan ijazah kedua bagi anaknya itu.
“Syukur alhamdulilah impian untuk menjadi peguam menjadi kenyataan untuk Izmir, anak sulung kami. Ijazah kedua untuk Izmir. Yang pertama dari Amerika Syarikat. Yang kedua dari tanah air sendiri.”
Menurut TS Shahrizat, beliau juga merasa bangga kerana Izmir menerima ijazahnya itu dari fakulti sama yang beliau sendiri pernah dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang suatu ketika dulu.
“Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, fakulti yang saya sendiri mendapat Ijazah Sarjana Undang-Undang.”
TS Shahrizat turut mendedahkan, selama empat tahun Izmir memberi tumpuannya terhadap pengajian dan pada masa yang sama dia juga bekerja.
“4 tahun Izmir belajar sambil bekerja. Dapat graduate Bachelor of Jurisprudence.”
Kehadiran TS Shahrizat bukan sekadar untuk menyaksikan kejayaan Izmir pada majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya bahkan beliau hadir selaku Presiden persatuan alumni universiti tersebut.
“Saya hadir selaku Presiden Persatuan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.”
“Rasa teruja bila dapat menyaksikan Izmir menerima Ijazah, nak jadi peguam macam saya. Sheera isterinya dan Izzana adik perempuan dapat hadir. Syukur alhamdulilah.”
Tan Sri Shahrizat yang juga bekas Ketua Wanita UMNO ini turut meluahkan kesyukuran apabila impian Izmir sejak kecil untuk bergelar seorang peguam bakal menjadi kenyataan.
Ads
“I always knew Izmir will someday become a lawyer because from a young he was always interested in the legal profession. The whole family feels so blessed. Thank you Allah SWT!!”
“Tiada had umur untuk mengejar ilmu dan pendidikan jika kita minat. Perlu azam dan komitmen.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan ucapan tahniah.
“Alhamdulillah tahniah Tan Sri sekeluarga di atas kejayaan anakanda.”
Ads
“Tahniah Tan Sri! Tahniah Izmir!”
“Congratulations to your son and of course to the proud parents as well.”
“Congratulations Izmir. Well done Shine like your mum one day. God Bless you Tan Seri I’m happy for you and your family.”
“Congratulations.. Doakan untuk kejayaan anak saya juga…Aamin”
Kredit Foto: Facebook Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Marsha Milan, antara bekas peserta program Akademi Fantasia yang suatu ketika dahulu tiada siapa yang meyakini dirinya mampu berjaya seperti kini. Walaupun mengambil sedikit masa untuk popular dan dikenali, Marsha antara penyanyi terbaik Malaysia pernah ada ketika ini.
Hasil kerja keras dia serta pengurusannya, Marsha berjaya menempa nama malah satu kejayaan demi satu kejayaan dirinya bersilih ganti. Marsha pun sememangnya diketahui seorang selebriti yang rajin berusaha mengukuhkan namanya di persada seni.
Selepas berjaya menembusi pertandingan Anugerah Juara Lagu sebanyak dua kali berturut-turut dan merangkul naib juara menerusi lagu Cinta, tuah dan rezeki Marsha dilihat semakin mencurah-curah walaupun sudah berumahtangga, dengan suami Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, anak kepada arwah Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman.
Dan baru-baru ini, warga maya teruja melihat satu video menerusi akaun @izzue3 yang memaparkan suasana kediaman yang didiami Marsha Milan sewaktu meraikan tetamu di majlis rumah terbuka di kediamannya.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan pintu gerbang yang tersergam indah dan terus ke perkarangan ruang tamu bak hotel mewah lima bintang, seterusnya ke ruang makan seluas ‘food court’ atau dapur yang indah menerusi sebuah lif peribadi.
Video tersebut mendapat perhatian ramai di kalangan netizen terutamanya peminat-peminat Marsha. Malah video terbabit sudah menerima tontonan sebanyak 962 ribu dan 50k ribu tanda suka. (ketika artikel ini ditulis)
Media juga sebelum ini melaporkan selepas berumah tangga, Marsha mengakui lebih selesa tinggal bersama keluarga mentuanya berbanding duduk berasingan.
Malah di hantaran berkenaan, ramai warga maya yang teruja melihat keindahan mahligai yang didiami Marsha malah ramai mengagumi kerendahan dan keramahan hati Marsha sibuk melayan tetamu di kediamannya, sambil menghidangkan mee kari buat tetamu yang hadir.
Malah ada yang mendoakan suatu hari nanti Marsha dan suami akan dikurniakan zuriat pula suatu hari nanti. Insya allah, semoga ada rezeki untuk pasangan ini menimang cahaya mata tidak lama lagi.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat semalam. Keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen. Keputusan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyaksikan Alice mendapat 146 undi.
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Alice daripada DAP sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Alice Lau Kiong Yieng, berasal dari Sibu merupakan Ahli Parlimen Lanang.
Percubaan beliau di Parlimen Lanang berhasil setelah menang bergaya dengan menewaskan penyandang lima penggal, iaitu Tiong Thai King dengan kelebihan 14,546 undi, atau 19.2 peratus undi, menjadikan beliau wanita pertama dari parti pembangkang yang dipilih sebagai Ahli Parlimen di Sarawak. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Lanang selama dua penggal.
Beliau mengalahkan calon daripada Barisan Nasional (BN) Kong Sien Chiu yang meraih undian sebanyak 15,359 dan calon Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (PEACE), Priscilla Lau yang hanya mendapat 628 undi.
Ayah beliau, Lau Cheng Kiong merupakan bekas pengerusi cawangan Pelawan bagi Sarawak Progresif Parti Demokratik (SPDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional.
Beliau juga pernah dilantik pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2020.
Pelantikan Alice Lau yang memiliki Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland, menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye.
Pada Pru15, Alice Lau mewakili DAP akan bertanding di Parlimen P211 Lanang, Sarawak menentang dua lawannya dimana satu daripada mereka adalah calon bebas, dan satu calon dari GPS.
Alice Lau sah memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut keputusan rasmi, beliau yang juga penyandang Parlimen Lanang meraih 30,120 undi meninggalkan pencabarnya yang lain dengan majoriti undi sebanyak 11,544.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang mengikut rapat industri fesyen tanahair dan global, sudah pastinya cukup mengenali model legenda, Linda Avangelista yang suatu ketika dahulu merupakan peragawati yang sangat terkenal di era 90-an bersama Kate Moss, Naomi Campbell, Cindy Crawford dan lain-lain. Namun selepas beberapa ketika, Linda dilihat kian menyepi dari dunia modeling.
Namun, selepas 15 tahun tidak ‘beraksi’ di atas runaway mahupun lensa, Linda Evangelista kembali memeriahkan New York Fashion Week (NYFW) tahun ini dengan menutup acara jenama Fendi pada hari Jumaat lepas di mana supermodel berusia 57 tahun ini menyarung gaun taffeta Tiffany biru yang menakjubkan.
Linda dijemput untuk mengambil bahagian dalam persembahan itu bagi meraikan ulang tahun ke-25 beg Baguette ikonik Fendi. Pada majlis itu, jenama fesyen Itali itu turut melancarkan kerjasama mengejut dengan Marc Jacobs. Evangelista dilihat berjalan di runaway Minggu Fesyen New York dengan gaun mewahnya, dihiasi dengan anting-anting berlian, sarung tangan sutera perak, dan aksesori beg Fendi Baguette yang terkenal.
Ini merupakan kemunculan pertama kali selepas 15 tahun Linda ke acara fesyen selepas mendedahkan keputusan prosedurnya di media sosial pada September 2021, yang mendakwa dirinya ‘cacat’ selepas menjalani prosedur pembekuan lemak CoolSculpting yang telahpun diluluskan oleh FDA. Linda dimaklumkan bahawa prosedur ini merupakan alternatif lain liposuction bukan invasif – yang didakwa telah mengubah bentuk badannya.
Selepas bertindak menyaman syarikat induk CoolSculpting, Zeltiq Aesthetics Inc. untuk ganti rugi sebanyak $50 juta, Evangelista mendedahkan kepada umum yang kesnya sudah tamat.
“Saya menanti-nantikan babak seterusnya dalam hidup saya bersama rakan dan keluarga, dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya berterima kasih atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan oleh semua pihak”, jelasnya Linda dalam salah satu hantaran di Instagramnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...