Fesyen

Tsunami dUCkscarves Kembali, 10 RIBU Edisi Terhad ‘The Doily Duck’ SOLD OUT Dalam Masa 3 Jam!

Belum lagi dilancarkan secara rasmi, edisi terhad ‘The Doily Duck’ yang dijual secara online 18 Mei lalu habis terjual 10 ribu helai! Habis licin stok edisi istimewa ini termasuk semua lapan pilihan warna yang ada. Lebih mengejutkan bila Pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof beritahu jualan ‘The Doily Duck’ melalui laman web Fashionvalet ini mula dibuka seawal pukul 5 pagi lagi.

Bukan saja ‘padat’ dalam talian, semua outlet Fashionvalet dan butik dUCk di Bangsar, KLCC, Pavilion, Publika dan IOI City Mall juga diserbu peminat tegar dUCkscarves. Beratur panjang di luar butik sememangnya senario biasa bagi pelanggan setia jenama eksklusif ini setiap kali edisi baru dilancarkan. Hebat betul fenomena dUCk!

Seiring tema lebaran yang ingin ditonjolkan, doily atau kertas doily yang selalu digunakan untuk melapik kuih dan biskut raya di dalam balang menjadi ilham kepada The dUCk Group untuk menghasilkan rekaan unik bagi Koleksi Raya 2018 ini. Mewakili narator D yang selama ini ‘berselindung’ di sebalik jenama dUCk, Vivy berkata doily menyimpan memori indah buat D dan neneknya ketika zaman kanak-kanak dulu.

“I was blown awat by D’s ingenious idea to make the doilies her inspiration for this year’s Raya design, because just as she explained, I took doilies for granted, but they are indeed so integral to our Raya celebrations – in cookie jars, on trays and on tables, there;s been no Raya without it! The development stage of The Doily dUCk was an arduous process, but it is worth every second of the wait.”

Eksklusifnya, corak kertas doily yang dihasilkan dalam setiap rekaan koleksi Raya 2018 ini dilakar menggunakan tangan dengan cukup teliti. Walaupun mengambil masa yang agak panjang namun demi kualiti dan rekaan menarik, cetusan idea berkenaan tetap diteruskan sehinggalah The Doily Duck dilancarkan secara rasmi di pusat beli-belah, Pavilion, Jumaat lepas.

8 pilihan warna menarik The Doily Duck ini pastinya menarik perhatian anda. Antaranya Red Velvet, Turquoise, Pink, Baby Blue, Emerald, Black, Blue dan Coffee. Sama ada ingin bergaya dengan fesyen bawal (square) atau selendang (shawl), kedua-dua jenis skaf ini ada dijual untuk kesemua warna. Harga bagi sehelai koleksi The Doily Duck ialah RM300. Bagi yang tak berkesempatan memiliki koleksi ini, pastikan anda tidak terlepas second batch yang akan dijual esok!

 

 

IKLAN
Share