Rezeki Preity Zinta dikurniakan sepasang anak kembar! Menginjak usia 48 tahun pada 31 Januari lepas, kecantikan aktres Bollywood ini seakan tidak pernah pudar. Biarpun sudah bergelar ibu dan berjaga malam menguruskan anak kecil. Namun, Preity komited menjaga penampilan dan amal gaya hidup sihat.
Sejak berkahwin dan berpindah ke Amerika Syarikat, aktres ini memperlahan karier seni dan memberi sepenuh tumpuan serta masa berkualiti bersama suami dan anak tersayang.
Terkenal dengan lesung pipit memikat, wajah cantik dan susuk tubuh menawan, ramai peminat Bollywood dengan pesona Preity Zinta.
Baru pulang bercuti di Saint Lucia, Kepulauan Carribean, jelitawan ini gemar melancong ke luar negara dan mengunjungi tempat berlatarkan alam semula jadi untuk beriadah.
Kian bahagia menggalas tugas sebagai ibu, laporan The Economic Times mendedahkan pasangan ini membuat pengumuman mengenai bayi kembar perempuan dan lelaki mereka di Instagram pada 18 November 2021. Difahamkan bayi berkenaan dilahirkan melalui ‘ibu tumpang’.
Preity Zinta bukan selebriti Bollywood pertama yang menggunakan kaedah itu untuk mendapatkan anak. Bahkan isteri Shah Rukh Khan iaitu Gauri, Shilpa Shetty dan Priyanka Chopra juga tidak terkecuali.
Preity dan Gene menamakan bayi mereka sebagai Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
Bersempena ulang tahun kelahiran pertama anak tersayang pada 11 November 2022, Preity menitipkan ucapan istimewa buat Jai dan Gia.
“I always knew I wanted you I prayed for you, I wished for you and now you are here and it’s been a year. My heart is full and I will forever be grateful for your precious smiles, your warm hugs and your presence in my life my little Gia.
Happy birthday from mama to my little doll. You are everything I ever hoped for and more. May your life always be full of love and happiness today and always. I love you to the moon and back. As each day goes by my love for you multiple.
Of all the roles I have played in my life nothing comes close to that of being your mom. I’m sure we have known each other for many lives. In this one, I cannot stop wondering how much love we will share with each other and how much my heart fills up looking at you my little miracle.
I love you more each day. Happy Birthday meri jaan. May your life be filled with loads of happiness today and always. Here’s to many more smiles, cuddles and laughs. Love you to the moon and back.”
Sebelum berkahwin pada tahun 2016, Preity menetap di Mumbai tetapi kini tinggal di Amerika Syarikat bersama suami tercinta, Gene Goodenough. Lebih bermakna, rutin harian Preity bertambah sibuk apabila dia dan suami menerima kehadiran bayi kembar mereka.
Mac lepas, Preity dan Gene menyambut ulang tahun perkahwinan ke-7. Meskipun kian bahagia membesarkan anak-anak dia bagaimanapun belum lagi bersedia mendedahkan wajah anak kepada umum.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/hamil-anak-kembar-lepas-7-kali-ivf-hasrat-celine-dion-timang-anak-perempuan-tak-kesampaian/
This website uses cookies.